Connect with us

Mobile Legends

MPL: Geek Fam berjaya mara ke Final

Published

on

Geek Fam terus mengekalkan momentum yang baik selepas bertarung selama enam minggu dalam perlawanan di peringkat musim liga dan juga di Grand Final MPL musim ketiga. - Foto MPL MYSG

SUBANG JAYA – Satu-satunya pasukan Mobile Legends tanah air yang masih berada di peringkat pusingan penentu Grand Final Liga Profesional MPL, Geek Fam berjaya ke final kejohanan itu.

Geek Fam mengatur langkah bergaya ke final selepas berjaya menewaskan juara musim pertama MPL, Bigetron SG (Bigetron) dengan keputusan 2-1 pada perlawanan peringkat upper bracket seketika tadi.

Kapten Geek Fam Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) berkata sebagai wakil tunggal Malaysia dalam kejohanan itu, mereka akan terus berikan yang terbaik untuk final nanti.

“Pertamanya, memang syukur ke hadrat Allah SWT (atas kemenangan ini). Terima kasih juga atas doa-doa anda semua. 

“Kami kini menjadi satu-satunya wakil Malaysia dan kami akan buat yang terbaik di grand final nanti.

“Kami akan melakukan persiapan yang betul, perkukuhkan corak permainan kami dan keluarkan segala meta (strategi) yang kami ada,” kata 2ez4jepv selepas tamat perlawanan.

Geek Fam terus mengekalkan momentum yang baik selepas bertarung selama enam minggu dalam perlawanan di peringkat musim liga.

Mereka berada di kedudukan ketiga peringkat liga itu dengan mengutip 15 mata, berada di belakang Nara Esports SG dan Reborn.

Pada pusingan penentu semalam, Geek Fam menewaskan Reborn 2-1 dan kekal berada di peringkat upper bracket.

Setakat ini, hanya Geek Fam sahaja sah layak ke perlawanan final bagi pusingan penentu nanti akan berlangsung pada jam 6.30 petang nanti.

Satu lagi pasukan akan ditentukan selepas tamat perlawanan terakhir peringkat lower bracket yang dijangka akan berlangsung pada jam 4 petang nanti.

MPL musim ketiga yang bermula sejak awal Mac lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved