Connect with us

Mobile Legends

MPL: Sedikit tertekan lawan Shopee Bosskurr, tapi kami berpuas hati – EVOS

Published

on

Jeritan kepuasan pasukan EVOS SG selepas meraih kemenangan demi kemenangan pada peringkat lower bracket Grand Final MPL semalam - Foto Facebook / Mobile Legends Bang Bang

Pasukan gergasi Mobile Legends dari Singapura EVOS SG (EVOS) mengakui sedikit tertekan apabila menentang pasukan popular tanah air Shopee Bosskurr pada perlawanan peringkat lower bracket Grand Final Liga Profesional (MPL) semalam.

Kapten pasukan EVOS Boon Wei Xing Robert (OhDeerBambi) berkata tekanan itu berlaku pada pusingan pertama apabila mereka ketinggalan 0-1.

“Memang perlawanan menentang Shopee Bosskurr ada rasa sedikit tekanan.

“Kami berasa sangat kurang selesa pada pusingan pertama tetapi berjaya menyesuaikan diri selepas itu dan saya sangat berpuas hati dengan prestasi kami,” kata OhDeerBambi selepas tamat perlawanan.

Pada Grand Final hari pertama semalam menyaksikan EVOS bertembung dengan Shopee Bosskurr di peringkat lower bracket.

Meskipun Shopee Bosskurr bermula dengan baik dengan menang 1-0, EVOS bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dan seterusnya mendominasi dalam perlawanan tiga terbaik itu.

Selepas kemenangan EVOS itu, mereka bertembung dengan musuh ketat NARA Esports SG (NARA).

EVOS kemudiannya berjaya membalas dendam ke atas kekalahan mereka pada pusingan peringkat musim liga yang lalu apabila mereka menang 2-0 ke atas NARA dalam lower bracket itu.

Ngauman EVOS itu dilihat seperti seekor harimau yang kelaparan, kembali menyusun percaturan untuk mengeluarkan taring mereka membaham pihak musuh bagi membuktikan mereka masih yang tebaik di rantau ini.

EVOS bakal berdepan dengan naib juara musim pertama Resurgence pada hari ini di peringkat lower bracket.

Grand Final MPL berlangsung di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan kejohanan musim ketiga itu menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved