Connect with us

Mobile Legends

MPL: Geek Fam jadi harapan Malaysia

Published

on

Geek Fam dilihat sebagai harapan pasukan Malaysia untuk memenangi MPL Musim Ketiga- Foto Facebook / Mobile Legends

Pasukan Mobile Legends tempatan, Geek Fam kini menjadi satu-satunya harapan tanah air untuk merangkul kejuaraan liga profesional MPL Malaysia dan Singapura selepas Shopee Bosskurr, Reborn dan Xpax X-Assins kecundang pada hari pertama pusingan penentu (playoff).

Geek Fam yang memulakan langkah dengan baik menang 2-1 menentang Reborn pada perlawanan upper bracket dan memaksa juara musim lalu itu jatuh ke lower bracket.

Di pusingan lower bracket, menyaksikan Shopee Bosskurr dan Xpax X-Assins terpaksa akur dengan kekalahan 2-0 ke atas EVOS SG dan Resurgence.

Berikutan kekalahan itu, ia seterusnya menamatkan perjalanan kedua-dua pasukan itu dalam musim MPL kali ini.

EVOS kemudiannya bertembung dengan pasukan yang paling cemerlang pada peringkat musim liga, Nara Esports. 

Seperti harimau membaham helang, EVOS mengalahkan Nara 2-0 dan mara ke pusingan seterusnya.

Pada perlawanan terakhir hari pertama pusingan penentu MPL semalam turut menyaksikan Reborn mengikuti langkah Nara, apabila tewas 0-2 kepada naib juara MPL musim pertama, Resurgence.

Berikutan keputusan perlawanan semalam, ia menyaksikan Geek Fam, Bigetron SG, Resurgence dan EVOS SG mara ke hari kedua pusingan penentu MPL yang akan berlangsung hari ini.

Ia bakal dimulakan pada pusingan upper bracket antara Geek Fam dan Bigetron SG dan diikuti dengan pusingan lower bracket antara pasukan Singapura Resurgence dan EVOS SG.

Grand Final MPL berlangsung di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan kejohanan musim ketiga itu menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved