Connect with us

Mobile Legends

PASCA M3: Duo V33Wise sah tak main MPL PH S9

Published

on

Foto: MOONTON Games

DUO Mobile Legends bertaraf dunia, Ohmyv33nus dan Wise (V33Wise) sah tidak akan bermain dalam Liga Profesional Filipina Musim Kesembilan (MPL PH S9) yang akan diadakan pada Februari akan datang.

Perkara itu baharu sahaja diumumkan pasukan kedua-dua pemain itu, Blacklist International seketika tadi.

“2021 merupakan tahun bersejarah untuk duo ini dengan kemenangan MPL PH berturut-turut (S7 dan S8), menjadi naib juara untuk kejohanan Asia Tenggara MPLI dan MSC, serta mendominasi kejohanan dunia M3.

“V33Wise sememangnya memenuhi jangkaan organisasi dalam penglibatan tahun pertama mereka dengan Blacklist International.

“Kedua-dua pemain dan pihak pengurusan bersetuju bahawa ini adalah waktu yang terbaik untuk mereka berehat dan melakukan persediaan untuk musim ke-10 nanti,” kata Blacklist International dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Sementara itu, Blacklist International juga berkata keputusan untuk berehat itu juga adalah dilihat sebagai peluang untuk pihaknya mempertahankan gelaran juara dunia.

Jelas Blacklist International lagi, duo V33Wise masih lagi bersama pengurusan Tier One Entertainment dan teruja untuk mengisi masa berehat ini bersama keluarga dan memenuhi cita-cita peribadi.

Pada Disember lalu, Blacklist Intenational muncul sebagai juara dunia Mobile Legends M3, sekali gus mempertahankan piala kejohanan untuk Filipina.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved