Connect with us

Mobile Legends

MEC: Homebois juara, bawa pulang RM18,000

Published

on

Foto: Homebois

KUALA LUMPUR – Skuad Mobile Legends popular tanah air, Homebois muncul sebagai juara Liga E-sukan Malaysia (MEC) Musim Kedua 2021 pada semalam.

Homebois mengutip kemenangan bersih 2-0 selepas menewaskan pasukan yang sedang meningkat naik, Caracal pada peringkat Grand Final yang berlangsung di KL Gateaway Mall, Kerinchi.

Pemain Homebois, Muhammad Nazreen Nasir (Vins), dalam satu ucapan kemenangan berkata pasukannya mendedikasikan kemenangan itu kepada pengasas, Nureddy Nursal (Daddyhood)

“Kami bagi hadiah kemenangan ini untuk Daddy.

“Terima kasih Daddy kerana beri kami peluang untuk beraksi dalam kejohanan ini,” kata pemain Homebois, Vins, pada semalam dalam satu ucapan kemenangan.

Vins dan Homebois menewaskan pasukan yang senang meningkat naik, Caracal pada peringkat Grand Final MEC Musim Kedua 2021, dengan rekod 2-0.

Menerusi kemenangan itu, Homebois menerima habuan RM18,000 dan slot peringkat kelayakan MPL MY S9.

Berikut adalah barisan pemain utama Homebois yang bermain dalam kejohanan MEC:

  •  Muhammad Irfan Aujang (Sepat)
  • Muhammad Saiful Aujang (Epul)
  • Muhammad Nazhan Mohd Nor (Chibi)
  • Muhammad Nazreen Nasir (Vins)
  • Muhammad Haniff Abdul Rashid (Anip)
  • Amier Fitri Muhammad Affendy (Beng)

Sementara itu, Naib juara kejohanan itu, Caracal menerima hadiah wang tunai RM 10,000 dan turut melayakkan diri ke peringkat kelayakan MPL MY S9.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved