Connect with us

Mobile Legends

MPL S9: Caracal, Mikey mara ke suku akhir qualifier

Published

on

KUALA LUMPUR – Dua pasukan Mobile Legends tanah air iaitu Caracal dan Mikey sah menerima slot ke peringkat suku akhir Pusingan Kelayakan ke Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2021 yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated, Ahmed Faris Amir, kedua-dua pasukan itu menerima slot kelayakan selepas penyandang tempat pertama dan tempat ketiga Liga E-Sukan Malaysia Musim Kedua MEC S2 2021 iaitu Homebois dan RSG telah pun mempunyai slot tersendiri dalam MPL MY S9 akan datang.

“Pada peringkat MEC, dua pasukan teratas dalam kejohanan ini akan menerima slot ke kelayakan MPL MY S9.

“Namun memandangkan Homebois dan RSG telah mempunyai slot tersendiri, maka ia memberi ruang kepada Caracal dan pasukan Mikey untuk bertanding dalam kelompok lapan terbaik bagi peringkat kelayakan MPL MY S9,” kata Ahmed Faris kepada WTM Today pada semalam.

Dalam Kejohanan MEC baru-baru ini menyaksikan Homebois muncul sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000. Keputusan penuh:
👑:Homebois
🥈:Caracal
🥉:RSG
🥉:Mikey

Pusingan kelayakan MPL MY S9 akan berlangsung pada 14-16 Januari nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved