Connect with us

Mobile Legends

MSC: Kenapa EVOS ban Grock dan Chou bila jumpa Geek Fam?

Published

on

DUCKY: Mereka menggunakan hero-hero tersebut dengan baik dan strategi mereka sangat bagus. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Jurulatih Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Singapura, EVOS Esports SG (EVOS) Francis John Glindro (Ducky) mengakui Geek Fam mempunyai kelebihan dari segi penggunaan hero tank Grock dan hero fighter Chou.

Menurut Ducky, berikutan kelebihan itu EVOS mengambil langkah selamat dengan melakukan ban terhadap kedua-dua hero tersebut apabila menentang pasukan Geek Fam dalam Piala Asia Tenggara MLBB (MSC).

“Pemilihan hero Geek Fam sebenarnya agak boleh diramalkan kerana melibatkan Grock dan Chou. Mereka menggunakan hero-hero tersebut dengan baik dan strategi mereka sangat bagus.

“Jadi kami akan melakukan serangan balas dan pilih strategi lebih selamat untuk EVOS ban Grock dan Chou.

“Saya boleh cakap yang corak permainan Geek Fam bersifat satu dimensi namun pada akhirnya mereka tetap akan memberikan satu tentangan baru kepada EVOS,”katanya kepada What’s The Meta pada Jumaat, iaitu sebelum perlawanan peringkat lower bracket berlangsung.


Pada pertembungan ala-ala El Clásico antara Geek Fam dan EVOS pada semalam menyaksikan EVOS telah ban hero Grock pada pusingan pertama dan kedua, dan Chou pada pusingan kedua.

Pada perlawanan tersebut, EVOS menang 2-0 dan menamatkan kemaraan Geek Fam dalam MSC kali ini.

Setakat ini, EVOS kini mempunyai rekod kemenangan yang sama menentang Geek Fam iaitu 2-2 .

Sebelum ini Geek Fam menang menentang EVOS pada Musim Liga dan Grand Final Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura pada April lalu namun tewas dalam satu perlawanan Clash of Champions Singapura, pada Mei lepas.

Sementara itu, perjuangan EVOS dalam MSC ini dihentikan pasukan Filipina ArkAngel, apabila pasukan tuan rumah itu menang 2-0 semalam.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved