Connect with us

Mobile Legends

ArkAngel tamatkan perjuangan EVOS

Published

on

BRIAN IM: Mereka (ArkAngle) bermain seolah-olah ini perlawanan terakhir mereka. Mereka berikan segalanya. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Pasukan tuan rumah ArkAngel menamatkan perjuangan pasukan Singapura EVOS Esports SG (EVOS) pada pusingan lower bracket Piala Asia Tenggara Mobile Legends : Bang Bang (MSC) 2019.

Dalam perlawanan Best of 3 itu menyaksikan ArkAngle bermain dengan sangat kemas dan menewaskan EVOS 2-0.

Jurulatih pasukan ArkAngel Brian Im berkata beliau bangga dengan kualiti corak permainan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya itu.

“Pusingan tadi (semalam) memang perlu diberikan usaha yang sepenuhnya, jika tidak kami akan kalah. 

“Kami boleh rasa tekanannya tapi pemain-pemain saya bermain seperti juara. Mereka bermain seolah-olah ini perlawanan terakhir mereka. Mereka berikan segalanya.

“Dengan kualiti corak permainan yang sebegitu rupa, kami harap boleh tonjolkannya sekali pada final nanti. Saya yakin 100 peratus mereka boleh melakukannya sekali lagi pada final menentang pasukan Indonesia Onic Esports,” kata Brian.

Beliau berkata demikian kepada What’s The Meta selepas tamat perlawanan ArkAngel dengan EVOS Esports yang berlangsung di Smart Araneta Coliseum, di sini semalam.

Menerusi kemenangan itu, ArkAngel bakal berdepan dengan pasukan Vietnam Overclockers pada hari ini.

Pertempuran epik antara pasukan-pasukan terbaik MLBB Asia Tenggara kembali buat edisi ketiga yang menyaksikan sembilan negara bertempur untuk memburu gelaran terbaik rantau ini.

Kejohanan MSC bakal menyaksikan 12 pasukan rantau ini memburu hadiah wang terkumpul kira-kira RM500,000 (USD$120,000).

MSC yang berlangsung di SMART Araneta Coliseum, Manila Filipina itu menyaksikan penglibatan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, dan Kemboja.

Meski kini menjadi satu-satunya harapan Filipina ketika ini, Brian Lim berkata beliau tidak menafikan tekanan untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Memang banyak tekanannya. Tetapi ramai peminat memberi sokongan penuh kepada kami dan kami mahu menggunakan momentum tersebut sebagai satu suntikan semangat bagi mencapai matlamat yang lebih tinggi dan terbang lebih jauh,” tambahnya.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved