Connect with us

Mobile Legends

MSC: Geek Fam kuat, perlawanan akan jadi sukar – EVOS

Published

on

Menurut OhDeerBambi (gambar), meski pun dia mengakui Geek Fam bukan calang-calang kehebatannya dalam e-sukan ini, tapi dia positif dengan prestasi EVOS Esports SG setakat ini. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – “Geek Fam adalah satu pasukan yang kuat, ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar untuk kami.”

Itu kata Kapten pasukan Boon Wei Xing Robert (OhDeerBambi) mengenai pertembungan yang bakal berlaku hari ini antara EVOS Esports SG dan Geek Fam dalam perlawanan lower bracket Piala Asia Tenggara (MSC) hari ini.

Menurut OhDeerBambi, meski pun dia mengakui Geek Fam bukan calang-calang kehebatannya dalam e-sukan ini, tapi dia positif dengan prestasi EVOS Esports SG setakat ini.

“Kami bertembung dengan Geek Fam sejak Musim Kedua Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura. Kemudian kami jumpa lagi dengan mereka pada musim ketiga dan kalah pada musim liga dan grand final.

“Tapi kami berjaya tebus semula kekalahan dalam satu kejohanan Clash of Champions di Singapura Pada bulan lalu. Kami positif dalam perlawanan akan datang ini.

“Semoga pasukan yang terbaik menang,” kata OhDeerBambi ketika ditemui What’s The Meta selepas tamat perlawanan menentang pasukan Myanmar Burmese Ghouls pada pusingan Play-Ins di Smart Araneta Coliseum, di sini, semalam.

BACA:  Kekuatan anda adalah kekuatan kami – 2ez4Jepv

Hari ini pertembungan antara dua gergasi Malaysia dan Singapura iaitu Geek Fam dan EVOS Esports SG akan berlaku sekali lagi pada pusingan lower bracket bagi perlawanan playoff MSC hari ini.

Bagi yang kalah dalam pusingan ini, akan pulang ke tanah air masing-masing.

Pertempuran epik antara pasukan-pasukan terbaik MLBB Asia Tenggara kembali buat edisi ketiga yang menyaksikan sembilan negara bertempur untuk memburu gelaran terbaik rantau ini.

MSC: Draft pick Geek Fam boleh dibaca EVOS?

[VIDEO] Selepas banyak kali bertembung, EVOS Mobile eSports dikatakan dapat membaca rancangan Geek Fam Mobile Legends. Adakah keyakinan itu dibuat-buat atau memang ada kebenarannya? 🎙: Liputan What’s The Meta sempena Piala Asia Tenggara MLBB ini dibawakan oleh AirAsia, Rhino Southeast Asia dan Lima Waktu. #DareToDream #LeadingThePack #WTMnews #IniEsukanKita

Posted by WTM Today on Friday, 21 June 2019

Kejohanan MSC bakal menyaksikan 12 pasukan rantau ini memburu hadiah wang terkumpul kira-kira RM500,000 (USD$120,000).

MSC yang berlangsung di SMART Araneta Coliseum, Manila Filipina itu menyaksikan penglibatan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, dan Kemboja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved