Connect with us

Mobile Legends

MSC: Kekuatan anda adalah kekuatan kami – 2ez4Jepv

Published

on

2ez4jepv : Kami bukan bawa nama Geek Fam sahaja, kami bawa nama Malaysia. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Pasukan Mobile Legends: Bang Bang Geek Fam mengharapkan sokongan dan doa daripada peminat bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia Tenggara (MSC) 2019.

Kapten Geek Fam, Mohd Haqqani Jaafar (2ez4jepv) berkata kekuatan peminat adalah kekuatan bagi pasukan mereka.

“Kami mengharapkan anda mendoakan supaya dipermudahkan urusan kami di sini. Doakan yang terbaik untuk kami, insyaAllah kami akan buat yang terbaik.

“Kami bukan membawa nama Geek Fam sahaja, kami bawa nama Malaysia,” kata 2ez4jepv ketika ditemui What’s The Meta di Novotel Manila Araneta Center di sini.

MSC: Draft pick Geek Fam boleh dibaca EVOS?

[VIDEO] Selepas banyak kali bertembung, EVOS Mobile eSports dikatakan dapat membaca rancangan Geek Fam Mobile Legends. Adakah keyakinan itu dibuat-buat atau memang ada kebenarannya? πŸŽ™: Liputan What’s The Meta sempena Piala Asia Tenggara MLBB ini dibawakan oleh AirAsia, Rhino Southeast Asia dan Lima Waktu. #DareToDream #LeadingThePack #WTMnews #IniEsukanKita

Posted by WTM Today on Friday, 21 June 2019

Hari ini Geek Fam bakal bertemu pasukan negara jiran EVOS Esports SG pada pusingan lower bracket bagi perlawanan playoff hari ini.

BACA: Geek Fam mahu guna Estes pada Playoff

Sebelum ini Geek Fam menang menentang EVOS Esports SG pada Grand Final Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura pada April lalu namun tewas dalam satu perlawanan Clash of Champions Singapura, pada Mei lepas.

Pertempuran epik antara pasukan-pasukan terbaik MLBB Asia Tenggara kembali buat edisi ketiga yang menyaksikan sembilan negara bertempur untuk memburu gelaran terbaik rantau ini.

Kejohanan MSC bakal menyaksikan 12 pasukan rantau ini memburu hadiah wang terkumpul kira-kira RM500,000 (USD$120,000).

MSC yang berlangsung di SMART Araneta Coliseum, Manila Filipina itu menyaksikan penglibatan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, dan Kemboja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Β© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved