Connect with us

Mobile Legends

MSC: Geek Fam tidak akan terlalu yakin, Diversity Helheim bukan laluan mudah

Published

on

FOKUS. Pemain MLBB Geek Fam Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) memberi tumpuan ketika mengadakan latihan bersama pasukan Filipina SGD Omega semalam. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) tanah air, Geek Fam tidak mahu memilih untuk berasa terlalu yakin apabila berdepan dengan pasukan Kemboja Diversity Helheim pada pusingan Play-Ins Piala Asia Tenggara (MSC) esok.

Pengurus Geek Fam Kenneth Khoo Boo Chuan berkata pasukannya tidak akan sesekali memandang rendah terhadap mana-mana pihak lawan.

“Geek tidak akan terlalu yakin. Meski ada yang kata ia laluan mudah, kami masih memandang semua pihak lawan sama.

“Kami akan mengkaji corak permainan mereka dan seharapnya kami boleh mencari kelemahan mereka dan mampu untuk mengalahkan mereka.

“Diversity Helheim merupakan juara Kemboja dan semua orang mempunyai peluang untuk mengecewakan pihak lawan.

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk membiarkan mereka melakukan sedemikan rupa kepada kami,” kata Kenneth kepada What’s The Meta.

Pusingan Play-Ins yang menggunakan format terbaik dalam 3 perlawanan merupakan penentu bagi setiap pasukan terlibat untuk mara ke pusingan penentu (playoff) yang akan diadakan pada Sabtu.

Foto: Facebook / Mobile Legends : Bang Bang

Selain Geek Fam dan Diversity Helheim, pasukan Myanmar Burmese Ghouls dan Team Resolution, pasukan Singapura EVOS Esports SG, pasukan Vietnam Overclockers, pasukan Laos Wawa Gaming serta pasukan Bren Esports turut akan sertai pusingan Play-Ins itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved