Connect with us

Mobile Legends

MSC: Bisa Onic Esports “tiada ubatnya”, bawa pulang RM281,000

Published

on

Pemain Malaysia yang bermain untuk pasukan Onic Esports Lu Khai Bean (SaSa) muncul sebagai Pemain Terbaik bagi Grand Final Piala Asia Tenggara (MSC) 2019. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Seperti ‘tiada ubatnya’ bagi pasukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Indonesia Onic Esports yang muncul juara dalam Piala Asia Tenggara (MSC) 2019 pada Ahad.

Onic Esports yang beraksi cemerlang sejak hari pertama MSC bermula membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM281,000 ($68,102) sebagai juara.

Juara Liga Profesional (MPL) Indonesia itu menewaskan musuh ketat Louvre Esports dengan mudah iaitu dengan mata 3-0 pada Grand Final yang berlangsung di Smart Araneta Coliseum, Manila Filipina.

Sebelum ini Onic Esports bermula di peringkat Upper Bracket menewaskan pasukan Thailand IDNS 2-0, dan menewaskan Louvre Esports 2-0 pada pusingan seterusnya.

Sementara itu, pemain Malaysia yang bermain untuk pasukan Onic Esports Lu Khai Bean (SaSa) muncul sebagai Pemain Terbaik bagi Grand Final tersebut.

SaSa yang menggunakan hero Esmeralda dan Helcurt pada Grand Final, membawa pulang hadiah wang tunai kira RM4,000.

Sementara itu, Louvre Esports yang berada di tempat kedua membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM165,000.

Pasukan tuan rumah, ArkAngel pula meraih tempat ketiga dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM65,000.

Juara MSC, Onic Esports (Indonesia) Foto: What’s The Meta / MARIAH AHMAD
Louvre Esports (Indonesia) muncul naib juara MSC. –
Foto: What’s The Meta / MARIAH AHMAD
ArAngel (Filipina) raih tempat ketiga MSC. Foto: What’s The Meta / MARIAH AHMAD

Kejohanan MSC pada kali ini telah menyaksikan 12 pasukan rantau ini memburu hadiah wang terkumpul kira-kira RM500,000 (USD$120,000).

MSC yang berlangsung di SMART Araneta Coliseum, Manila Filipina itu menyaksikan penglibatan pasukan-pasukan MLBB terbaik dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Thailand, Laos, Vietnam, dan Kemboja.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved