Connect with us

Mobile Legends

MPL: Kenapa penganjur perlu tukar had umur?

Published

on

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pemain kompetitif Mobile Legends Bang: Bang (MLBB) Isaac Chang How (Proler), Chang Ket Keong, meluahkan rasa kecewa kepada penganjur Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura berikutan peraturan had baru yang diperkenalkan pada musim ini.

Ket Keong berkata anaknya yang sebelum ini bermain untuk  pasukan Sabah Top Player (STOP) pada musim lalu tidak boleh menyertai pusingan kelayakan MPL kali ni berikutan faktor umur.

“Ia amat mendukacitakan apabila penganjur menukar had umur minimum kepada 16 tahun kerana Isaac sudah berlatih bersungguh-sungguh bersama pasukannya Moonchild sejak bulan lalu.

“Kami jangkakan untuk membenarkan Isaac bermain untuk satu lagi musim sebelum dia memberi tumpuan kepada peperiksaan PT3.

“Isaac merupakan antara pelajar cemerlang di sekolah dan baru-baru ini mereka juga menjuarai Kejohanan Sukan Sabah bagi kategori Mobile Legends,”katanya.

[#MobileLegends] SUPER BERBAKAT! SABAH Top Player – STOP (+ Team Moonchild) layak ke #SUKMA2020 yang akan berlangsung…

Posted by WTM Today on Wednesday, 11 December 2019

BACA: “Sebab esok ‘exam’ bah”

Peraturan MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima menetapkan setiap pemain yang mahu menyertai liga itu perlu berusia 16 tahun dan ke atas.

Dalam peraturan 3.2.1 menyebut: “Tiada pemain yang layak menyertai MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima jika tidak mencecah usia 16 tahun. 

“Pemain mesti melepasi umur 16 tahun, jika tidak, mereka akan dihalang daripada menyertai MPL-MY / SG S5. 

“Umur pemain akan dikira mengikut tarikh lahir yang tepat, bukan tahun kelahiran.”

What’s The Meta Today kini sedang mendapatkan respon dari pihak penganjur berhubung penukaran peraturan had umur bagi musim kali ini.

Pada 21 Julai lepas, Proler bersama STOP menewaskan pasukan Boss Pusher 2-1 pada peringkat kelayakan MPL Musim Keempat dan berjaya mendapatkan slot dalam musim liga.

Bagaimanapun, STOP berada di kedudukan tercorot pada MPL lalu dan tidak mampu mara ke pusingan penentu (playoff).

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved