Connect with us

Mobile Legends

MPL: Saya mahu Bosskurr buat comeback – Hangus

Published

on

Hangus mahu berikan yang terbaik untuk Team Bosskurr. - Foto Fial

KUALA LUMPUR – Jurulatih Team Bosskurr,  Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) mengharapkan agar peranannya dapat membantu meningkatkan mutu persembahan dan prestasi pasukan itu dalam arena e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends).

Hangus yang mula bermula berkhidmat sebagai jurulatih dengan Team Bosskurr pada Rabu lalu berkata dia akan memberi tumpuan dalam memastikan anak-anaknya mendapat latihan yang cukup.

“Sekarang ini, saya mahu memastikan mereka dapat latihan yang cukup kerana masing-masing sudah mempunyai skil, tapi perlu diasah.

“Saya akan buat yang terbaik untuk Team Bosskurr terutama membantu dari segi corak permainan mereka.

“Saya memang minat dengan skil mereka cuma perlu lebih banyak kepelbagaian strategi,” kata Hangus.

BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming

Hangus memulakan kariernya dalam arena kompetitif pada 2017 dan terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Piala Asia Tenggara bersama Fredo, HawkEye, Kuja, Rush dan Jepv menerusi Team Saiyan.

Pada tahun berikutnya, Hangus dan Kuja menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Pertama dengan pasukan Mystic Burden.

Bagi musim kedua, Hangus kembali bersama pasukan Traitor namun tidak melepasi ke pusingan playoff Grand Final.

Pada musim keempat, Hangus muncul sebagai satu peranan yang baru bertindak sebagai jurulatih bagi pasukan TODAK dan berjaya meraih tempat kedua pada musim itu.

Kini, dengan harapan yang baru Hangus dilihat mampu mengembalikan semangat Saiyan dalam pasukan Bosskurr untuk mempamerkan prestasi yang luar biasa bersama Jepv, Rush, Logan serta pemain-pemain yang bakal beri nafas baharu, Leixia dan Syno.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved