Mobile Legends
MPL: TODAK kekalkan barisan pemain, Manity ganti Hangus
KUALA LUMPUR – Penyandang tempat ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), M1, Todak mengekalkan kesemua pemainnya yang bakal menyertai Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Kelima.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, penganjur turut mengumumkan posisi Muhamamad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) sebagai jurulatih TODAK sebelum ini bakal digantikan dengan Nik Hafif Aiman Nik Hazlan (Manity).
BACA: Hangus kini jurulatih Bosskurr Gaming
Berikut adalah senarai pemain TODAK yang bakal bersaing dalam MPL Musim Kelima nanti:
- Ciku
- Eone
- Lychee
- Moon
- Nenas
- Xray
TODAK dilihat sebagai pasukan nombor satu Malaysia ketika ini apabila mengekalkan rekod dan prestasi yang baik sepanjang penubuhannya pada Mac 2019.
Pada MPL Musim Keempat, TODAK bermula diperingkat pusingan kelayakan dan mengungguli di peringkt Musim Liga.
Mereka juga berjaya mara ke playoff dan Grand Final meski tewas dalam satu pertarungan epik kepada EVOS SG.
TODAK turut layak ke kejohanan dunia selepas MPL Musim Keempat tamat. Mereka beraksi baik di peringkat kumpulan C dan berjaya meraih tempat ketiga terbaik dunia.
Kini, TODAK merupakan antara 5 pasukan Malaysia dan Singapura yang layak menerima jemputan terus ke MPL Musim kelima nanti.
Sementara itu, difahamkan pemain kompetitif dari Singapura, Ariff Iswandi dilihat bakal membantu TODAK dari segi peranan sebagai penganalisis.