Connect with us

Mobile Legends

MPL: Xray buat hal lagi, gameplay Ruby yang ‘tiada akhlak’

Published

on

Foto: WTM Today

PEMAIN TODAK Mohamad Aiman Idris (Xray) sekali lagi menunjukkan skil luar biasa dalam gelanggang maya Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim Keenam.

Dalam pusingan pertama menentang Team SMG pada semalam, Xray dilihat sangat pandai mengira percaturan REGEN apabila menggunakan hero Fighter Ruby.

BACA: Selamba je Xray

Pada minit ke-19 dan 38 saat, Xray terpaksa berdepan dengan tiga pemain Team SMG iaitu Saiyajinn yang menggunakan Jawhead, Smooth yang menggunakan Kagura dan Loong yang menggunakan Barats.

Meski berdepan dengan tiga pemain serentak, Xray tidak berjaya dibunuh oleh pihak lawan malah mampu memberi serangan sehingga memaksa Smooth dan Loong kehilangan nyawa.

View this post on Instagram

[ANALISIS] Xray buat hal lagi guys, memang Land of Dawn tu member dia punya.⁣ ⁣ Okay, kita beri tumpuan kenapa Xray yang menggunakan hero Fighter Ruby ni 'takde akhlak' dan tak mati-mati 🤣⁣⁣ ⁣ 1. Skil pasif Ruby iaitu Let's Dance ada Spell Vamp. ⁣ – Spell Vamp ini adalah peratus HP Regend diperoleh selepas memberi Skill Damage kepada musuh.⁣ ⁣ 2.Setiap item Lifesteal berfungsi sebagai Spell Vamp ⁣ -Tapi skil Spell Vamp ini perlu diperkuat dengan item yang ada % Lifesteal.⁣ – Dalam pusingan pertama vs @teamsmgofficial semalam, antara item yang Xray guna adalah Haa's Claw, Endless Battle dan Queen's Wing.⁣ -Ketiga-tiga item ini mempunyai %lifesteal⁣ – Queen's Wing pula mampu bagi REGEN 40% dalam masa lima saat jika nyawa Xray dah kurang 40%⁣ ⁣ Dalam situasi ini, kredit perlu diberikan kepada Xray kerana bijak memilih item, dan pastinya pandai menggunakan situasi 1vs3 yang memihak kepadanya. 2 pemain Team SMG mati, seorang lagi melarikan diri. ⁣ ⁣ Alright guys, ikuti kami di:⁣⁣⁣ 📸 Instagram @wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗨 Facebook What’s The Meta ⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🎬 YouTube wtmtoday⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ 🗯 wtmtoday.MY⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #wtmtoday #MPLMYSGS6 #MobileLegends @mpl.mysg.official

A post shared by What’s The Meta Today (@wtmtoday) on

Berikut adalah analisis ringkas kenapa penggunaan hero Ruby oleh Xray menghasilkan REGEN yang banyak sehingga mampu bertahan menentang pihak lawan.

1. Skill pasif Ruby iaitu Let’s Dance mempunyai Spell Vamp⁣, jana HP

  • Spell Vamp ini adalah peratus penjanaan HP (Regen) yang diperoleh selepas Ruby memberi kesan musnah melalui skill (Skill Damage) kepada musuh.⁣

2. Setiap barangan Lifesteal berfungsi sebagai Spell Vamp ⁣

  • Spell Vamp yang ada pasif Ruby perlu diperkuat dengan memberi barangan (item) yang mempunyai peratus meresap atau mencuri nyawa pihak lawan (Lifesteal).⁣
  • Dalam pusingan pertama menentang Team semalam, antara item yang Xray guna adalah Haa’s Claw, Endless Battle dan Queen’s Wing.⁣ Ketiga-tiga item itu mempunyai kesan Lifesteal.
  • Sebagai contoh, Queen’s Wing mampu memberi Regen sehingga 40% dalam masa lima saat jika nyawa Xray dah kurang 40%⁣. Perkara itu boleh dilihat ketika Xray yang sedang nyawa-nyawa ikan mampu menaikkan semula indikator nyawanya apabila dia telah membeli Queen’s Wing sebelum minit ke-19 perlawanan.

Dalam pusingan menentang Team SMG semalam, TODAK menang 2-1 dan mengekalkan rekod tanpa kalah diperingkat liga ketika ini.

Saksikan perlawanan minggu terakhir MPL MYSG di Facebook Mobile Legends sekarang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved