Connect with us

Mobile Legends

Fiera Fendi kembali berlakon, pegang watak utama ‘NEXT THE BEST’

Published

on

Fiera Fendi menggayakan cosplay hero MLBB, Kagura dalam filem pendek 'NEXT THE BEST' . - Foto Facebook / MLBB

KUALA LUMPUR – Duta organisasi e-sukan Team Bosskurr, Fiera Fendi kembali berlakon untuk satu filem pendek Moonton ‘NEXT THE BEST’ yang mula ditayangkan sejak 27 September yang lalu.

Menurut Moonton, filem pendek itu adalah mengenai kisah pasangan “NEXT” dalam usaha untuk menjadi yang terbaik dalam setiap apa dilakukan dalam perjalanan hidupnya.

“Dalam kehidupan kita, semua perkara sedang bergerak ke hadapan dan apa yang dinamakan sebagai terbaik itu belum tiba,” katanya dalam kapsyen post video itu yang dimuat naik di Facebook Mobile Legends:Bang Bang pada Ahad lalu.

Filem pendek yang berdurasi selama tujuh minit 18 saat itu dimulakan dengan beberapa calon, termasuk watak yang dimainkan Fiera, menghadiri sesi temu duga untuk bekerja di sebuah syarikat aplikasi permainan.

Beberapa calon pertama tidak melepasi sesi temu duga itu berikutan idea-idea yang dilontarkan tidak seiring dengan visi dan misi syarikat aplikasi permainan itu.

Apabila tiba giliran Fiera, dia juga diherdik oleh watak penemu duga yang dimainkan oleh penghibur penstriman langsung popular Team Bosskurr, Syafiq Faizin (Zynn) kerana datang lambat dalam sesi itu.

“Saya minta maaf.

“Tapi saya pasti saya boleh mengubah nasib syarikat ini,” kata watak Fiera itu selepas menghentak meja penemu duga itu,” kata Fiera dalam filem itu sebagai reaksi kepada herdikan Zynn tadi.

Jalan penceritaan filem pendek itu kemudiannya menunjukkan bagaimana Fiera dan Zynn menjadi pasangan bercinta kerana minat yang sama iaitu bermain permainan video, dalam memilih pilihan yang terbaik dalam aspek kehidupannya.

Ini adalah filem pendek mengenai bagaimana kisah pasangan "NEXT" ini terus menjadi yang terbaik. Dalam kehidupan kita,…

Posted by Mobile Legends: Bang Bang on Sunday, 27 September 2020

Sejak ditayangkan dua hari lalu, video filem pendek itu telah menerima lebih 77,900 tontonan di Facebook.

Sebelum ini, Fiera juga pernah membuat debut dalam e-sukan menerusi siri original ‘Mata Kerbau’ yang diterbitkan sempena penganjuran Liga Profesional MLBB Malaysia dan Singapura Musim Kedua pada 2018.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved