Connect with us

Mobile Legends

MPL: “Saya pun sedih” – Daddyhood

Published

on

Barisan pemain baharu Team Bosskurr yang menyertai MPL Musim Keenam - Foto Facebook / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Kekalahan tiga kali berturut-turut dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) Musim Keenam memang satu perkara yang tidak diinginkan kata pengasas Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood).

Daddyhood juga keputusan berkaitan skuad Mobile Legends Team Bosskurr ketika ini diuruskan Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan) dan Herwin Baharuddin (Rush Makarov).

“Buat masa ini, 100% (keputusan) Mobile Legends diuruskan Logan dan Rush. Saya ke skuad PUBG Mobile kerana ada kontrak berkaitan dengan e-sukan itu,” kata Daddyhood dalam satu komen di Instagram WTM Today.

Daddyhood juga menjawab persoalan mengapa pemain Team Bosskurr yang terdahulu seperti Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Lei Xia) tidak bermain dalam skuad utama.

Jelas Daddyhood, ia berikutan keputusan Lei Xia yang mahu memberi tumpuan kepada e-sukan League of Legends Wild Rift.

Sejak rombakan barisan pemain utama MLBB pada saat-saat akhir, Team Bosskurr tidak menunjukkan prestasi yang memberasangkan selepas tewas 1-2 kepada Resurgence, 0-2 kepada Red Reborn dan 0-2 kepada Divinity Esports.

BACA: Syno, Leixia berehat musim kali ini

Penukaran pemain bukan satu pilihan, Team Bosskurr sentiasa mahu yang terbaik

Sementara itu, jurulatih Team Bosskurr Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus) dalam satu penstriman langsung pada semalam berkata penukaran barisan pemain Team Bosskurr adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan.

Lantaran itu, dia memohon kepada peminat untuk memberi masa kepada barisan pemain itu untuk mencapai keserasian masing-masing.

“Pada saat-saat akhir, kami perlu mengesahkan barisan pemain kami (kepada pihak berkaitan). Amir Afdal (Syno) dan Leixia memang tidak boleh bermain.

“Jadi kami terpaksa mengambil pemain baharu yang berbakat tapi tiada pengalaman. Bila kita perkenalkan barisan baharu, memang perlu mencari keserasian.

“Team Bosskurr sentiasa mahukan yang terbaik, menjadi juara,” kata Hangus dalam satu penstriman di Facebook selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Divinity Esports dari Singapura.

Turut berada dalam penstriman langsung itu adalah Lei Xia yang turut meluahkan hasrat untuk bermain dalam MPL.

“Saya nak sangat main geng, tapi tak boleh,” katanya ringkas.

Team Bosskurr setakat ini berada di tangga ke-10 pada peringkat liga MPL.

Berikut adalah barisan utama Team Bosskurr bagi MPL MYSG Musim Keenam:

  • Jamil Nurolla (Perisai)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Muhammad Zafri Che Mohd Zilkifli (Squpoz)
  • Syahmi Md Som (Sakura)
  • Izme Haqeem Hamsjid (KaizerJin)
  • Muhammad Aliff Najmi Zahrizan (Fakezz)

MPL MYSG Musim Keenam telah membuka tirainya pada 28 Ogos yang lalu dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RMRM414,000.

Ia disiarkan secara langsung di Facebook Mobile Legends bermula jam 3 petang pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved