Connect with us

Mobile Legends

MPL: NV terpegun dengan tarian Esmeralda Soloz sehingga ‘auto lose ‘

Published

on

Shopee Bosskurr yang kini dipimpin Faris Zakaria (Soloz) berjaya mengalahkan pasukan Singapura Notorious Villains (NV) 2-1 pada hari pertama MPL Musim Keempat semalam. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

LIGA Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL) bagi Musim Keempat telah pun membuka tirainya pada semalam.

Lapan pasukan telah berentap dalam hari pertama iaitu Geek Fam vs Evos Esports SG, Axis Esports vs Resurgenc, Toadk vs Louvre Esports serta Shopee Bosskurr vs Notorious Villains (NV).

Antara menjadi tumpuan peminat MLBB tanah air adalah perlawanan antara Shopee Bosskurr dan NV sehingga mendapat jumlah tontonan 42,100 pada satu-satu masa (concurrent views).

Dalam perlawanan itu menyaksikan Shopee Bosskurr yang kini dipimpin Faris Zakaria (Soloz) berjaya mengalahkan pasukan Singapura itu 2-1.

Tarian maut Esmeralda Soloz dan kerjasama Shopee Bosskurr

Pusingan ketiga menentang NV adalah antara yang menarik perhatian peminat, terutama keupayaan luar biasa Soloz mengguna hero mage Esmeralda.

Pada minit ke 6 dan 16 saat, kombinasi trio Rush, Soloz dan Gripex memang begitu cantik. Pada mulanya Fossa yang mencetuskan serangan 1 lawan 1 dengan Rush.

Mungkin dia cuba menendang Rush ke arah menara, tapi sedikit gagal di situ apabila Gripex yang menggunakan Grock datang membantu Rush.

Gripex membuka skil pertama Power of Nature untuk ‘melempang’ Fossa sehingga mata HP tinggal dua palang (bar) sahaja.

Fossa menggunakan flicker dan pulang ke menara. Gripex cuba membuat ‘sekatan’ jalan dengan membuka skil kedua, Guardian’s Barrier, yang dilihat mampu melambatkan sedikit pergerakan Fossa.

Fossa masih mahu cuba melarikan diri dan mungkin dia sangkakan panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengah hari. 

Komunikasi Shopee Bosskurr dilihat bertambah baik apabila Soloz bergegas ke laluan bawah untuk membantu memudahkan misi Rush dan Gripex.

Gripex menjunam ke menara NV, menghasilkan satu lagi Power of Nature untuk melampang Fossa yang kini mempunyai satu sahaja palang HP.

Kiraan masa yang sangat baik, Soloz membuka skil Esmeralda dengan pantas dan mematikan Fossa.

Ketika ini Shopee Bosskurr mendahului kira-kira 2,000 emas.

Soloz berjaya mendapat buff, kemudian mengejar Ken bersama Gripex, Rush, dan Penjahat.

Mereka mendapat menara kedua di bahagian laluan bawah pada minit ke-6 dan 59 saat.

Perlahan-lahan Shopee Bosskurr membezakan jarak pengumpulan emas sebanyak enam ribu.

Pada minit ke-11 dan 40 saat, Shoopee Bosskurr cuba mendapatkan lord, serangan Soloz berbegitu berbisa apabila palang HP lord turun dengan cepat.

Lord dimatikan Penjahat, dan memulakan perjalanan memusnahkan pengkalan NV di laluan atas.

Pada minit ke-12 dan 35 saat Logan cuba untuk mencangkuk pihak lawan, dan berjaya mendapatkan Karrie yang digunakan Azura X.

Pada ketika ini NV sudah boleh melupakan hasrat untuk melengahkan perlawanan apabila kunci utamanya telah menemui kematian di situ.

Logan membuka hook sekali lagi pada 8 saat kemudian dan berjaya mendapatkan Kolia. Tetapi Kolia sempat melarikan diri daripada menjadi korban Shopee Bosskurr.

Penggunaan Minotaur daripada Kolia tidak begitu berkesan. Tidak keterluan untuk mengatakan yang taring Kolia sedikit tumpul pada musim kali ini.

Namun pada saat menemui kekalahan tiba-tiba Minoan Fury Kolia berkesan apabila lord semakin menghampiri menara akhir laluan atas.

Minoan Fury Kolia berjaya menghentak dan menghentikan sementara pergerakan Soloz, Rush, Penjahat dan Logan.

Rush terkorban, namun Soloz berjaya memberi serangan balas kepada NV dan membunuh Kolia dan Fenrir. Soloz meraih Godlike.

Fossa kembali hidup dan cuba mempertahankan benteng terakhir NV namun dia dan Karrie maut dan Soloz meraih Legendary.

Perlawanan tamat selepas 13 minit dan 29 saat. 

Menerusi kemenangan itu, Shopee Bosskurr kini berada di tangga ketiga ketika ini di bawah pasukan EVOS Esports SG dan pasukan saudara Axis Esports.

Hari kedua minggu pertama MPL akan berlangsung hari ini dan menyaksikan Shopee Bosskurr bakal bertemu dengan pasukan yang sedang meningkat naik, Todak.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved