Connect with us

Mobile Legends

MPL: Bila Soloz jadi Kapten Shopee Bosskurr

Published

on

Soloz menggantikan tempat Ahmad Fuad Razali (Fredo) yang kini mengalas tugas baharu untuk memimpin divisyen PUBG Mobile Bosskur yang diasaskan pada Jun lepas. - Foto YouTube / Lima Waktu

TANGGUNGJAWAB sebagai seorang kapten untuk memimpin satu pasukan ke arah kemenangan dan kejayaan bukan satu perkara mudah.

Terutama apabila seseorang kapten itu perlu membuat keputusan yang akan mengakibatkan momentum dan corak permainan pasukan secara keseluruhan.

Itu antara cabaran yang perlu dilalui pemain profesional Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) Mohd Fariz Zakaria (Soloz) yang menggalas posisi Kapten Shopee Bosskurr yang baharu.

Jelas Soloz, kadang-kala dia perlu membuat keputusan yang mungkin tidak disukai ahli-ahli yang lain.

“Tanggungjawab saya sebagai kapten antaranya perlu memastikan mereka (Shopee Bosskurr) menghadiri setiap latihan.

“Apabila menjadi kapten, saya perlu lebih banyak membuat keputusan dan saya perlu melakukannya dengan betul-betul.

“Kadang-kadang saya perlu buat keputusan yang orang lain tidak suka. Kalau situasi macam ini saya akan tanya siapa yang pilih saya jadi kapten, mereka juga. Hahaha,” kata Soloz ketika dihubungi What’s The Meta.

Jelas Soloz, persaudaraan dalam kalangan Shopee Bosskurr sangat kuat dan mereka juga menghormati arahannya sebagai kapten adalah untuk kebaikan pasukan.

Soloz menggantikan tempat Ahmad Fuad Razali (Fredo) yang kini mengalas tugas baharu untuk memimpin divisyen PUBG Mobile Bosskur yang diasaskan pada Jun lepas.

BACA: Obot, Fredo terajui skuad PUBGM Bosskurr

Selain Soloz, Shopee Bosskur terdiri daripada Andi Alfian Firman (Gripex), Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan), Sofian Sultan (Penjahat) dan Herwin Baharuddin (Rush).

Mereka bakal menyertai Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL) Musim Keempat yang akan bermula pada hari ini.

MPL kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM414,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved