Connect with us

Mobile Legends

Ibu akhirnya beri izin jadi pro ‘gamer’, doakan Sumo harumkan nama negara

Published

on

SUMO:Ibu pesan, jika betul ini (menjadi pro gamer) apa yang saya mahu, kejarlah impian itu. Ibu juga nasihatkan kepada saya untuk berikan yang terbaik. Kalau boleh, naikkan nama Malaysia. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

TIADA kata-kata yang dapat digambarkan apabila akhirnya impian yang dihalang selama ini akhirnya mendapat restu dan berkat daripada kedua ibu bapa.

Pemain profesional Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) AirAsia Impact Kong Jihan (Sumo) berkata setelah sekian lama meyakinkan ibunya, dia akhirnya mendapat ‘lampu hijau’ untuk mengecapi impiannya untuk menjadi yang terbaik dalam arena profesional e-sukan.

“Pada mulanya memang susah tapi lama kelamaan mereka mendapati bermain permainan video ini boleh menjana pendapatan sendiri untuk menampung hidup. Dari situ mereka mula memberikan sokongan.

“Ibu pesan, jika betul ini (menjadi pro gamer) apa yang saya mahu, kejarlah impian itu.

“Ibu juga nasihatkan kepada saya untuk berikan yang terbaik. Kalau boleh, naikkan nama Malaysia,” kata Sumo dalam satu sesi bersama media berkenaan penjenamaan semula pasukan profesional e-sukan AirAsia, AirAsia Saiyan kepada AirAsia Impact pada Jumaat lalu.

Sumo sebelum ini bersama pasukan kompetitif yang dikenali Fruity Warrior dan pernah menjadi pemain terbaik bagi hero Grock di Malaysia.

Pemain yang berasal dari Sandakan, Sabah itu turut berkata dia tidak akan mensia-siakan doa dan nasihat ibunya yang memberi peluang kepadanya untuk menceburi karier profesional MLBB bersama AirAsia Impact.

AirAsia Impact baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula pasukan itu  untuk memberi fokus kepada memberi impak positif kepada komuniti dan mendidik masyarakat umum mengenai e-sukan.

BACA: AirAsia Saiyan kini dikenali sebagai AirAsia Impact

Mereka juga mengumumkan senarai barisan pemain baharu MLBB yang terdiri daripada Sumo, Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Hazeeq Rahman (Awaken, Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) dan Amir Aras (ILLUSION).

AirAsia Impact merupakan antara yang pertama pasukan e-sukan di Malaysia yang menyediakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), perlindungan keselamatan sosial dan insuran untuk atlet e-sukan.

Selain itu, pemain-pemain AirAsia Impact turut disediakan satu tempat latihan khusus untuk mereka berlatih (gaming house) di Kuala Lumpur yang mempunyai akses ke gimnasium bagi latihan fizikal.

Dalam rancangan penjenamaan semula itu, AirAsia Impact akan meneroka empat asas tonggak utama inisiatif iaitu: 

  • Pengurusan Pasukan (dimulakan dengan MLBB, dan e-sukan lain seperti PUBG Mobile)
  • Pengurusan pempengaruh mikro
  • Akademi E-sukan
  • Agensi Pemasaran E-sukan

Perjalanan Air Asia Impact dalam e-sukan bermula sejak Mac 2018 apabila Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes mengumumkan beliau pemilik menjadi pemilik majoriti pasukan MLBB Team Saiyan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved