Connect with us

Mobile Legends

MCL: AirAsia Impact jadi ‘lauk’ Team Rusuh pada final

Published

on

Dalam pertembungan pada final yang diluar jangkaan itu menyaksikan AirAsia Impact berdepan dengan ahli-ahli Team Bosskurr (Bosskurr) yang menggunakan nama Team Rusuh.

KUALA LUMPUR – Belum sampai seminggu penjenamaan semula AirAsia Impact daripada AirAsia Saiyan, mereka terus menerima pengajaran besar daripada bekas barisan pasukan itu sendiri dengan mata 22-6 dalam satu pertandingan mingguan MCL E-Sports Mania semalam.

Dalam pertembungan pada final yang diluar jangkaan itu menyaksikan AirAsia Impact berdepan dengan ahli-ahli Team Bosskurr (Bosskurr) yang menggunakan nama Team Rusuh.

Team Rusuh terdiri daripada Leixa, Haji Kakap, Penjahat, Gripex dan Logan.

Tiga daripada mereka iaitu Penjahat, Gripex dan Logan pernah bernaung di bawah pasukan AirAsia Impact, yang sebelum ini terkenal dengan nama AirAsia Saiyan.

Mereka kemudiannya menubuhkan pasukan mereka tersendiri iaitu Bosskurr bersama Fredo, Rush dan Soloz yang juga bekas ahli AirAsia Saiyan selepas keenam-enam dari mereka secara rasmi digugurkan dari barisan pemain utama pasukan tersebut.

Dalam perlawanan final Best of 1 (Terbaik dalam satu pusingan) MCL semalm, Team Rusuh dilihat begitu yakin dengan menggunakan hero Terizla, Franco, Harith,  Minotaur dan Granger.

#22 Ready For MCL🔥Register di #RepublicGG untuk topup game dengan mudah. Siap ada chance untuk menang hadiah!Topup #MLBB Diamonds -> http://bit.ly/2Vc895SSupport Me by Following My Media Sosial :-Youtube : bit.ly/LogandoOfficialFacebook page : bit.ly/LoganGamingInstagram : bit.ly/Logando17

Posted by Logan Gaming on Saturday, 17 August 2019

Sementara itu bagi pasukan AirAsia Impact yang terdiri daripada bakat-bakat muda iaitu Awaken, SUMO, Sakura, Wesker dan ILLUSION menggunakan hero Grock, Karrie, Leomord, Lunox dan Kaja.

Pada awal permainan, AirAsia Impact berjaya mendapatkan turtle pada minit ke-2 dan 16 saat namun terpaksa mengorbankan Wesker yang menggunakan Grock sebagai first blood di laluan tengah.

Gripex kemudiannya membunuh ILLUSION selang beberapa saat kemudian apabila kesemua pemain Team Rusuh berkumpul di tempat yang sama.

Haji Kakap yang bertindak sebagai kapten dalam perlawanan itu kemudiannya ke laluan bawah dan menggunakan skil pertama Franco, Hook untuk menangkap Awaken.

Awaken kemudiannya dibelasah tanpa belas kasihan oleh Leixia dan Penjahat yang masing menggunakan Harith dan Granger.

Wesker cuba datang menyelamatkan keadaan, tapi terlewat.

Selang beberapa minit kemudian, Team Rusuh terus melakukan serangan agresif terhadap AirAsia Impact dan sehingga menjarakkan mata bunuh 9-2.

Team Rusuh kemudiannya mendapatkan menara yang pertama di laluan atas pada minit ke-5 dan 18 saat dan terus mendominasi keseluruhan perlawanan tersebut.

Mereka kemudiannya mendapatkan lord yang seterusnya melalui laluan bawah dan hampir merobohkan pengkalan terakhir AirAsia Impact.

Team Rusuh kemudiannya memilih untuk memusnahkan menara yang lain sehingga raih kemenangan pada minit ke11 dan 49 saat.

Menerusi kemenangan MCL pada minggu ini bagi Level 6, Asia A, Team Rusuh juga terpilih untuk menyertai Kejuaraan MCL Musim Petama 14 September nanti.

Pemenang bagi kejuaraan itu bakal mendapat peluang untuk menyertai pertandingan e-sukan offline.

Perlawanan antara AirAsia Impact dan Team Rusuh itu turut disiarkan secara langsung di Facebook Logan dan mendapat jumlah tontonan kira-kira 50,000, 4,600 komen, 2,500 reaksi dan 787 perkongsian.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved