Connect with us

Mobile Legends

Jaguh Call of Duty kini galas cabaran baharu di Land of Dawn

Published

on

SEPANG – Bekas kapten pasukan Call of Duty Venom Red Asia Muhammad Hazeeq Rahman (Awaken) kini mempunyai cabaran tersendiri apabila memilih untuk memasuki arena kompetitif e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB).

Awaken berkata hasratnya secara peribadi adalah untuk membuktikan pemain profesional boleh bermain lebih dari satu e-sukan.

“Saya sukakan cabaran. Saya mahu menjadi pemain profesional dan ingin mahu membuktikan kepada orang ramai yang kita boleh bermain apa-apa e-sukan dan boleh pergi jauh.

“Setelah tujuh tahun bermain Call of Duty, apa yang saya mahu ketika itu adalah merasai Kejohanan di Peringkat Asia.

“Apabila saya telah dapat merasainya, saya beritahu kepada diri saya yang saya perlukan cabaran baharu. Lantaran itu, saya menceburi arena MLBB untuk sertai Liga Profesional (MPL),” kata Awaken.

Sebelum menggunakan nama Awaken dalam MLBB, Haziq dikenali sebagai Roses atau Black7Roses dalam dunia kompetitif Call of Duty.

Haziq yang juga pengasas dan bekas kapten Call of Duty Venom Red Asia pernah mendapat tempat pertama pada Sesi Kelayakan Kedua Asia Call of Duty dan mendapat tempat ketiga dalam kejohanan yang sama pada tahun lalu.

Dia berkata demikian dalam satu sesi bersama media berkenaan penjenamaan semula pasukan profesional e-sukan AirAsia, AirAsia Saiyan kepada AirAsia Impact.

Tambah Haziq yang bertindak sebagai kapten MLBB AirAsia Impact, dia mempunyai tanggungjawab untuk mengalas nafas baharu pasukan itu dalam memberi impak kepada komuniti.

“Sebelum ini memang ada sejarah yang buruk, tapi kami berada di sini untuk menjadikan AirAsia Impact lebih baik.

“Harapan kami adalah untuk membuka mata komuniti. Bagi mereka yang mencaci maki kami, kami tidak ambil peduli sangat.”

Selain Haziq, AirAsia Impact terdiri daripada Kong Jihan(SUMO), Syahmi Md Som (Sakura), Muhammad Azizul Abdul Rashid (Wesker) dan Amir Aras(ILLUSION).

Kelima-lima mereka kini bergelar pemain profesional e-sukan AirAsia Impact mulai hari ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved