Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia : RRQ Hoshi menang El Clasico, mara ke Grand Final

Published

on

Foto : MPL Indonesia

PASUKAN profesional Indonesia RRQ Hoshi berjaya melayakkan diri ke Grand Final MPL Indonesia pada hari ini.

RRQ Hoshi mengatur langkah kemenangan itu selepas berjaya menewaskan musuh ketat EVOS Legends pada peringkat suku akhir seketika tadi dengan mata kemenangan 2-1.

Meski tewas pada pusingan pertama kepada juara dunia itu, RRQ Hoshi bangkit pada dua pusingan yang berikutnya tanpa mengambil masa yang lama.

Berikutan itu, RRQ Hoshi kini hanya tinggal selangkah lagi untuk dinobatkan sebagai juara MPL Indonesia Musim Kelima.

Grand Final MPL Indonesia bakal berlangsung jam 6 petang esok waktu tempatan.

Pada semalam RRQ Hoshi memulakan pusingan di peringkat penentu itu dengan menghantar bekas penyandang juara MPL ID Musim Ketiga, ONIC Esports ke kumpulan bawah selepas menang 2-0.

ONIC Esports bakal bertarung dengan EVOS Legends bagi pusingan separuh akhir esok.

Pemenang pusingan itu akan mendapat slot untuk ke Grand Final, manakala yang tewas perlu berpuas hati sebagai penyandang tempat ketiga.

MPL Indonesia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak 4 billion rupiah iaitu kira-kira RM1.2 juta.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved