Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia: Rombongan kenduri Rekt EVOS Legends robek kubu Bigetron Alpha

Published

on

LICIK DAN BIJAK.

Mungkin itu dua perkataan yang boleh menggambarkan corak permainan pemain profesional Mobile Legends EVOS Legends Gustian Hidayat (Rekt) yang cukup baik dalam perlawanan Liga Profesional Indonesia (MPL ID) pada petang tadi.

Dalam pusingan ketiga menentang Bigetron Alpha, Rekt yang menggunakan hero fighter Chou menjadi kunci kemenangan bagi pasukannya kerana berjaya menggunakan tipu daya kepada pihak lawan.

Pada minit ke 19, Rekt dilihat berada di laluan bawah dan seolah-olah mahu mengadakan pertarungan 1 lawan 1 dengan pemain Bigetron Alpha, Annisa, yang menggunakan Uranus.

Rekt ‘membersihkan’ laluannya itu dengan menghapuskan setiap askar (minions) pihak lawan.

TONTON: VIDEO MEME KENDURI REKT BERSAMA MINIONS

Menyedari tindakan Rekt itu, Annisa terus ke bahagian bawah.

Ketika ini, rakan sepasukan Rekt, Wann yang menggunakan hero marksman Karrie sedang memulakan serangan terhadap lord.

Mungkin serangan lord itu sebagai umpan yang tidak disedari Bigetron Alpha apabila mereka terus mengatur langkah untuk mendapatkan lord itu.

Mereka memilih untuk mengabaikan kubu pertahanan mereka.

Walaupun serangan Wann berbisa sehingga menyebabkan HP lord hanya tinggal lagi dua bar, Wann terus menyertai serangan pertempuran bersama rakan-rakannya. Ya, Wann biarkan sahaja lord itu! (???)

Pemain Bigetron Alpha Kyy, menjadi korban pertama EVOS Legends. Dia menggunakan hero tank Akai.

Namun Bigetron Alpha membalas balik dengan mendapatkan Bajan yang menggunakan Khufra.

1 hero tank telah jatuh bagi kedua-dua pasukan ketika ini.

Sedang asyik melakukan serangan balas, Bigetron Alpha tidak menyedari pergerakan Rekt.

Itu sebenarnya matlamat utama EVOS Legends kerana pada akhirnya ini adalah e-sukan mengenai siapa yang dapat menjatuhkan Kristal pihak lawan dahulu.

Pada minit ke-20, Rekt memang menuju ke arah lord namun tidak bermaksud itu matlamatnya.

Beberapa saat selepas itu, Rekt mengetahui Annisa telah terpedaya dengan tipu muslihatnya apabila Annisa membuat keputusan untuk membantu rakan-rakannya di bahagian lord.

Annisa membiarkan laluan bawah Bigetron Alpha, walaupun minions EVOS Legends masih ada. Annisa membuat kesilapan yang besar ketika ini apabila dia sepatutnya membunuh kesemua minions di laluan itu.

Ketika ini kesemua pemain berada di bahagian lord kecuali Rekt.

Rekt sekali lagi membersihkan minions yang ada di hadapannya.

5 saat kemudian Rekt menuju ke Kristal pihak lawan, iaitu kubu terakhir Bigetron Alpha.

Hanya seorang pemain Bigetron Alpha yang membuat keputusan balik ke kubu mereka iaitu Bravo.

Tapi malangnya nasi sudah menjadi bubur apabila Bigetron Alpha memilih untuk tidak mengukuhkan pertahanan sebaliknya mahu mencabar pertarungan secara kumpulan dengan EVOS Legends di bahagian lord tadi.

Annisa hanya sampai di kubu hanya untuk melihat Kristal Bigetron Alpha diranapkan Rekt dan minions.

Kemenangan 2-1 menjadi milik EVOS Legends.

Rekt dan EVOS Legends mara ke pusingan seterusnya, bertemu dengan musuh tradisi, RRQ Hoshi.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved