Connect with us

Mobile Legends

MPL Indonesia : EVOS Legends tidak guna masalah teknikal untuk lengahkan game, ubah strategi – Zeys

Published

on

KUALA LUMPUR – EVOS Legends tidak mengambil kesempatan dengan masalah teknikal yang berlaku dalam perlawanan menentang Genflix Aerowolf semalam untuk melengahkan masa atau mengubah strategi permainan.

Jurulatih EVOS Legends Bjorn Ong (Zeys) berkata dalam perlawanan pusingan penentu (playoff) Liga Profesional Indonesia (MPL ID) semalam dia mengakui anak-anak buahnya ada melakukan percakapan ketika henti sejenak (pause) dilakukan .

Namun jelasnya, kandungan percakapan itu bukan mengenai perubahan percaturan strategi.

“Sebahagian besar teknikal pause dilakukan dari pihak Genflix Aerowolf.  Memang betul pemain-pemain EVOS Legends melakukan percakapan ketika pause, kami minta maaf dan sudah menerima tegurannya. 

“Namun kami tidak pernah dan tidak menggunakan isu masalah teknikal untuk melengahkan masa ataupun mengubah strategi. 

“Terdapat rakaman suara yang boleh membuktikan kenyataan saya tersebut. Semoga penjelasan ini boleh membantu para penyokong EVOS Legends yang sudah mempercayai kami. Terima kasih,” kata Zeys dalam satu kenyataan semalam.

Zeys berkata demikian sebagai satu reaksi kepada kenyataan pengurusan MPL ID yang menyatakan EVOS Legends telah melanggar peraturan liga pada semalam ketika menentang Genflix Aerowolf.

MPL ID berkata EVOS Legends telah melanggar peraturan Kejohanan Atas Talian, Perkara 6 yang menyebut: “Jika ada masalah teknikal, pemain yang mempunyai masalah teknikal harus mengangkat tangan mereka dan pengurus akan hadir ke tempatnya.

“Pengurus akan menyampaikan masalah teknikal itu kepada pihak liga. Jika masalah itu sah, pihak liga akan mengarahkan pemerhati permainan (observer) untuk menghentikan permainan.

“Hanya pemain dengan masalah teknikal dan pengurus sahaja yang diizinkan untuk bercakap,” katanya.

Menurut pihak MPL ID, EVOS Legends telah mendapat teguran dari pihak liga apabila mereka melanggar peraturan tersebut buat kali pertama.

Namun begitu, EVOS Legends dikatakan mengulangi kesalahan yang sama pada pusingan yang berikutnya dan dikenakan penaltil.

Pada pusigan penentu semalam, EVOS Legends mengalahkan Genflix Aerowolf 2-0 dan mara ke peringkat berikutnya yang akan berlangsung hari ini.

Juara dunia itu akan bertemu dengan Bigetron Alpha pada peringkat Kumpulan Atas pada jam 1.30 hari ini.

MPL Indonesia menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak 4 billion rupiah iaitu kira-kira RM1.2 juta.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved