Connect with us

Mobile Legends

MPL: Dominasi Dominus Geek Fam apabila diberikan Harith (Analisis)

Analisis hero Harith yang digunakan pemain Geek Fam, Dominus.

Published

on

Foto: MYSG.MPL.MOBILEGENDS.COM


SATU kesilapan besar pasukan Mobile Legends Singapura Resurgence apabila memilih untuk tidak melarang (ban) penggunaan hero mage Harith ketika menentang pasukan tanah air Geek Fam dalam perlawanan minggu kedua Liga Profesional (MPL) baru-baru ini.

Ia sekali gus memberi peluang kepada pemain Geek Fam Nik Aqieff Nik Muhd Muhyyiddin (Dominus) untuk menggunakan Harith seperti ‘tiada ubatnya’.

Dominus dan rakan-rakan Geek Fam yang lain memulakan pusingan pertama menentang Resurgence dengan baik apabila mereka memperoleh First Blood kurang dari seminit di laluan tengah.

Dominus turut mencapai level 6 dengan cepat iaitu pada minit 3:47. Geek Fam sebelum itu berjaya mendapatkan turtle, yang memberi kelebihan dari segi mata gold kepada mereka.

Bagaimanapun, Dominus ditarik hero support Kaja yang digunakan Swan dalam menara (tower) sendiri pada minit ke 3 dan 58 saat. Itu kematian pertama Dominus dalam pusingan itu.

Dominus kemudiannya terkorban apabila perang (team fight) berlaku di laluan atas.

Dia terkena stun skill ketiga Jawhead iaitu Unstoppable Force yang digunakan Aeon dan skill Kadita Ocean Oddity yang digunakan Auby pada masa yang sama.

Dominus bagaimanapun, sempat membalas dendam dan membunuh Swan sebelum itu.

Dominus sempat membunuh Aeon yang menggunakan Kaja

Team fight yang berakhir pada minit ke 5 dan 50 saat itu dikuasai Geek Fam apabila kesemua ahli Resurgence mati dibunuh. Wipe Out milik Geek Fam.

Mereka terus menuju ke objektif dengan meruntuhkan tower demi tower di laluan atas itu.

Kombinasi dan kerjasama antara pengguna hero tank 2ez4jepv (Gatotkaca) dan Xorn (Akai) juga patut diberikan pujian di sini.

“Cukuplah sudah.” Mungkin itu ungkapan bagi Dominus apabila menghadapi kematiannya buat kali kedua itu, kerana ia dianggap telah memberi pengajaran buatnya untuk terus berhati-hati.

Dominus kemudiannya terus bergerak dalam satu pasukan bersama ahli yang lain, mengutip mata bunuh satu demi satu.

Penguasaan dan penggunaan ulti Zaman Force yang dikeluarkannya juga diatur dengan baik.

Dominus juga dilihat mempunya persefahaman yang baik antara Feekz dan 2ez4jepv apabila berjaya mengejar dan membunuh Aeon yang cuba melakukan split push di bahagian laluan atas Geek Fam pada minit ke 10.

Geek Fam seterusnya memulakan serangan untuk mendapatkan Lord dan Dominus berjaya mendapatkan pukulan terakhir terhadap Lord pada minit ke 10 dan 8 saat.

Team fight demi team Fight dilakukan Geek Fam selepas itu dengan keyakinan yang sangat tinggi. Cukup menarik kerjasama mereka apabila setiap serangan pertama dibuka oleh 2ez4jepv dan Xorn, sudah semestinya ia tidak disia-siakan Rippo, Feekz dan Dominus.

Pada minit ke 11 dan 30 saat, Lord hampir menuju ke pangkalan Resurgence. Dominus bergerak seiring dengan 2ev4jev.

Cantik sekali Dominus “menari-nari” menggunakan Harith dengan skil Chrono Dash, membunuh Aeon, Aubi dan LuN (Selena.)

Pangkalan Resurgence dijatuhkan dengan bergaya dengan masa hampir 12 minit dan Dominus terus dipilih sebagai MVP (Pemain Terbaik) dalam pusingan itu dengan tujuh mata bunuh dan 10 mata assists (membantu menewaskan musuh) dengan dua Death (mata mati ditewaskan).

Dalam perlawanan itu, Dominus menggunakan item:

  • Hunter’s Knife (Jungle)
  • Magic Shoes (Movement)
  • Concentrated Energy (Magic)
  • Calamity Reaper (Magic)
  • Divine Glaive (Magic)
  • Berserker’s Fury (Attack)

Setakat ini, Dominus yang hanya baharu sahaja menggunakan Harith sebanyak 43 kali mencatatkan peratusan peluang kemenangan sebanyak 79.1%.

Mutu persembahan Geek Fam dilihat semakin baik dan kemenangan ke atas pasukan jiran itu termasuk pada pusingan kedua sudah semestinya mampu meningkatkan semangat dan moral pasukan itu secara keseluruhan.

Mereka ini berada di kedudukan ketiga teratas dalam liga.

Bagi minggu ketiga nanti, Geek Fam bakal bertemu dengan dua lagi pasukan Singapura iaitu Nara Esports SG dan EVOS Esports SG.

Adakah Geek Fam mampu mengekalkan momentum sehebat ini pada minggu yang seterusnya? 

MPL musim ketiga kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved