Connect with us

Mobile Legends

“Kalau Aiman TTC jadi penganalisis Team Bosskur pun dah cun”

Published

on

Aiman TTC menjadi sebutan untuk menjadi penganalisis pasukan Mobile Legends Team Bosskur - Foto Facebook / MEC

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira berikutan pengumuman pasukan Mobile Legends Bosskur Gaming (Bosskur) baru-baru ini yang bakal mendapatkan perkhidmatan penganalisis.

Malah ada di antara mereka yang mengharapkan supaya streamer terkenal Aiman Ahmad (beXed), atau senang dikenali sebagai Aiman TTC menjadi penganalisis pasukan popular tanah air itu.

Bagi peminat Mohd Asmawi, dia menyifatkan Aiman TTC mempunyai skil analisis pemilihan draf hero yang bagus.

“Aiman sangat pandai memilih draf hero terutama dari segi pemilihan draf berbalas (counter pick).

“Apabila dia melakukan penstriman langsung (stream), Aiman sentiasa mengulas dengan baik dan sering melakukan ramalan yang akan jadi.

“Draf berbalas lebih bagus daripada membuat meta (strategi) baharu,” katanya.

Sementara situ bagi Nuar Din, dia turut senada dengan Mohd Asmawi.

“Betul. Aiman TTC memang hebat dari segi pemilihan hero.”

BACA: MPL: Bosskurr akui meta baru tidak menjadi

Aiman TTC merupakan antara streamer popular di negara ini dan mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook.

Dia juga terkenal dalam kalangan peminat dengan analisis dan penggunaan skil permainan yang sangat baik dan diselitkan unsur lucu ketika bermain e-sukan Mobile Legends.

New Hero Experiment

NEW PEMBOHONG HERO IS HERE?Register di #RepublicGG untuk topup game dengan mudah. Siap ada chance untuk menang hadiah!Topup #MLBB Diamonds -> http://bit.ly/2STJOAsLapar? Order dekat sini -> http://bit.ly/ttcmcd

Posted by Bexed on Tuesday, 12 March 2019

Sebelum ini Team Bosskur mengumumkan pasukan itu akan mendapatkan perkhidmatan analisis bagi memperbaiki mutu persembahan keseluruhan pasukan terutama dalam Liga Profesional (MPL) baru-baru ini.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan siapakah penganalisis yang dipilih untuk berkhidmat untuk pasukan tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved