Connect with us

Mobile Legends

Geek Fam bakal juara MPL? Awal lagi nak cakap macam tu

Ada yang berpendapat masih terlalu awal untuk meramal Geek Fam sebagai juara MPL musim ketiga.

Published

on

Foto: MYSG.MPL.MOBILELEGENDS.COM

KUALA LUMPUR – Pasukan Mobile Legends tanah air Geek Fam dilihat mempamerkan mutu persembahan yang agak baik dan konsisten walaupun baharu sahaja dua minggu Liga Profesional (MPL) bermula.

Bagaimanapun, dalam satu undian WTM Today baru-baru ini menunjukkan 57% daripada 704 undian menyifatkan masih terlalu awal untuk meramalkan sama ada Geek Fam mampu merangkul kejuaraan MPL, walaupun ketika ini mereka menduduki kedudukan ketiga liga.

Undian sama ada Geek Fam mampu merangkul kejuaraan MPL Musim Ketiga

Sementara itu, 43% pengundi percaya Geek Fam mempunyai harapan untuk memenangi MPL kali ini.

Geek Fam baru-baru ini menewaskan pasukan Singapura Resurgance 2-0, Bigetron SG 2-0 namun kalah kepada pasukan tanah air yang sedang meningkat naik ICON MY 0-2.

Pada musim kedua mereka dikenali sebagai Geek Fam Mystic sebelum dibubarkan selepas tamat kejohanan musim itu.

Mereka kini dipimpin Mohd Haqqani Jaafar (2ez4Jepv) yang pernah mendapat tempat ketiga MPL musim pertama bersama Mysterious Assassins (MyA).

Geek Fam bakal bertembung dengan satu lagi pasukan gergasi Singapura Nara Esports SG pada jam 7 malam nanti.

MPL musim ketiga kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai enam pasukan Malaysia dan empat pasukan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved