Connect with us

Mobile Legends

Error akan kembali beraksi dalam arena kompetitif

Tiada lagi Error 404.

Published

on

Error dilihat menghadiri satu sesi penggambaran baru-baru ini.

Pemain tanker pasukan ICON MY, Edmond Yue (Error) dikatakan bakal kembali beraksi dalam arena kompetitif Mobile Legends tidak lama lagi.

Menurut Error, dia memohon maaf kepada peminatnya kerana sebelum ini terpaksa mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada bermain Mobile Legends secara kompetitif berikutan kesibukan bekerja.

“Saya sangat sibuk dengan kerja dan pada sebelah malam saya perlu menjaga bisnes kafe yang baru dibuka.

“Tapi saya akan kembali secara perlahan-lahan dan sertai beberapa kejohanan. Pada musim akan datang, saya akan cuba untuk menjadi pemain terbaik Tank di Malaysia dan peringkat global.

“Terima kasih atas sokongan peminat. Tanpa anda, tiada Error dalam hidup saya! Saya akan cuba yang terbaik!”kata Error ketika dihubungi WTM Today baru-baru ini.

VIDEO: Bila tanker isi tank perut orang

Error turut menafikan dia akan menyertai mana-mana skuad yang lain.

“IDNS hanya rakan baik seperti yang lain. Saya akan sentiasa bersama ICON,” kata Error.

Error sebelum ini dilihat sebagai salah seorang pemain tank yang berbakat di negara ini dan terkenal dengan skil hook menangkap hero lawan dengan menggunakan hero tank Franco.

Pada April 2018, Error bersama barisan pemain terkemuka tanah air Dzulhakkim ’Unta’ Abd Rashid, Mohamad Amir Afdhal ‘Syno’ Ruzlan dan Muhammad Hilman Aufa ‘ComeToPapa’ Zulfahrizal telah menubuhkan pasukan Mobile Legends ICON MY.

Pada musim kedua MPL, mereka meraih tempat ke-8 teratas dalam liga tersebut.

Selepas tamat musim itu, Error mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai seorang chef di sebuah hotel pada sebelah pagi dan bekerja cafe di sebelah malam.

https://www.youtube.com/watch?v=bpaZ1D_v21o
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved