Connect with us

Mobile Legends

MPL: “Bosskur tidak bersedia” – Nara

Published

on

Pasukan Mobile Legends tanah air Boskurr Gaming (Bosskurr) tidak melakukan persiapan yang baik ketika menentang pasukan negara jiran Nara Esports SG (Nara) dalam perlawanan minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Singapura seketika tadi. 

Pengurus pasukan Nara,  Edward Mah Yee Liang berkata Bosskurr seperti tidak mempunyai rancangan atau strategi yang lebih teliti dalam perlawanan itu.

“Secara jujurnya kami tidak perlu membaca strategi Bosskur dan kami hanya perlu menggunakan strategi apabila bermain dalam rank.

“Bosskurr tiada persiapan. Kami lebih bersedia dari segi menghadapi pelbagai senario. Kami tidak menjangkakan mereka mahu menyerang kami namun kami lebih bersedia untuk melakukan sebarang strategi.

“Mereka tiada rancangan. Mereka dilihat untuk cuba untuk meniru strategi dan mengejar kami dalam perlawanan itu,” kata Edward kepada WTM Today.

Edward Mah (tengah) bersama pasukan Nara Esports SG

Lantaran itu, Edward berkata Bosskurr akan dilihat bermain dengan lebih baik pada masa akan datang jika mereka banyak meluangkan masa melakukan latihan Mobile Legends.

Dalam perlawanan 3 terbaik (BO3) itu menyaksikan Bosskur tewas kepada Nara 2-0.

Dalam pusingan pertama Nara menggunakan strategi 1 hero mage, 1 hero tank, 1 hero fighter dan 2 hero marksman iaitu Kimmy (Fenrir), Gatotkaca (Kolia), Claude (Eric), Chou (Fossa) dan Selena (Xmxmxm).

Bosskur pula menggunakan 1 hero mage, 2 hero tank, 1 hero assassin dan 1 hero fighter iaitu Kagura (Fredo), Akai (Gripex), Thamuz (Logan), Lancelot (Soloz) dan Kaya (Penjahat).

Sementara itu pada pusingan kedua, Nara turut mengambil masa hampir 16 minit untuk mengalahkan Bosskurr dengan mata bunuh 15-6.

Nara menggunakan hero Akai (Kolia), Lunox (Fenir),  Belerick (Fossa), Leomord (Eric) dan Guinevere (Xmxmxm)). 

Boskurr pula menggunakan Kimmy (Fredo), Valir (Gripex), Thamus (Logan), Grock (Penjahat) dan Cloud (Soloz).

Setakat ini Nara menduduki kedudukan pertama dalam pusingan liga dengan rekod kemenangan tanpa kalah sebanyak 3-0.

Bosskur pula kini berada di kedudukan paling corot dalam MPL selepas menghadapi tiga kekalahan berturut-turut setelah berdepan Bigetron SG 1-2 dan EVOS Esports SG 0-2 sebelum ini.

MPL musim ketiga kali ini menawarkan hadiah wang terkumpul melebih RM400,000 dan disertai lapan pasukan Malaysia dan dua pasukan Singapura.




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved