Connect with us

Mobile Legends

“Kalau dibutakan duit, jangan jadi orang” – Ciwing

Published

on

Foto: Facebook / Ciwing Rush

“Menang tak menang, memang bahagi 6. Duit boleh cari geng. Kawan susah cari.” Itu kata mudah daripada pemain Mobile Legends pasukan Team Bosskurr Herwin ‘Rush’ Baharuddin atau sedang dikenali sebagai Ciwing.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Ciwing dan Team Bosskur baharu sahaja memenangi hadiah wang tunai RM50,0000 seketika tadi dalam satu kejohanan Mobile Legends yang dianjurkan TODAK FEST.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
Bahagi kepada enam itu mungkin dimaksudkan kepada keenam-enam pemain tersebut, iaitu Sofian ‘Penjahat’ Sultan, Mohd Faris ‘Soloz’ Zakaria, Andi Alfian ‘Gripex’ Firman, Ahmad Fuad ‘Fredo’ Razali,  Abdul Wandi ‘Logan’ Abdul Kadir dan Ciwing sekali.

Ciwing berkata demikian ketika memberi reaksi kepada peminat yang bertanya sama ada wang yang dimenangi Team Boskurr akan dibahagikan kepada Fuad memandangkan dia tidak boleh beraksi pada Grand Final Todak kerana dia perlu menyertai kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship yang berlangsung pada hari yang sama.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
“Kita tidak boleh dibutakan duit. Kalau kita dibutakan duit, jangan jadi orang,” tambah Wing dalam satu Facebook Live.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved