Mobile Legends
RM50,000 milik Team Bosskur selepas menang Kejohanan TODAK

Foto: Facebook / TODAK
RM50,000 menjadi milik Team Bosskur selepas memenangi Kejohanan TODAK seketika tadi selepas mengalahkan MysteriousAssassin.
Ini pembuka tirai 2019 yang terbaik bagi Team Bosskur dan menunjukkan mereka masih layak digelar raja dalam gelanggang e-sukan ini di Malaysia!
Sebelum ini mereka dicemuh kerana hanya sekadar fokus kepada live streaming, dan dilihat prestasi semakin merudum tapi dengan kemenangan ini membuktikan yang skill mereka tidak pernah berkarat, tidak pernah mengecewakan.
Tahniah!
