Mobile Legends
MPL: Anugerah Pemain Terbaik Musim Liga, siapa pilihan peminat kali ini?

KUALA LUMPUR – Undian bagi Anugerah Pemain Terbaik Musim Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura (MPL MYSG) telah dibuka untuk umum.
Anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pasukan dan pemain yang telah menunjukkan mutu persembahan yang baik serta berkualiti sepanjang peringkat liga musim keenam ini berlangsung.
Calon-calon bagi Anugerah Pemain Terbaik Musim Liga MPL MYSG S6 adalah:
1) Ciku – Todak(MY)
2) Jason – Resurgence(SG)
3) Kayzeepi – Resurgence(SG)
4) Mal – Red Esports (MY)
5) Rynn – Team SMG(MY)
Undian ini telah dibuka sejak 5 Oktober lalu sehingga 14 Oktober nanti.
Selain itu, dua pengundi terpilih bagi anugerah ini akan mempunyai peluang untuk mendapakan semua hero Mobile Legends secara kekal dalam permainan.
Pemenang akan diumumkan pada 22 Oktober.
Berikut adalah cara-cara untuk anda yang mengundi untuk memenangi koleksi semua hero kekal dalam Mobile Legends:
- Like Instagram MPL MYSG
- Follow Facebook MPL MYSG
- Undi pemain kegemaran anda di : https://bit.ly/MPLMYSGS6AWARDS
Selamat mengundi!