Connect with us

Mobile Legends

MPL: Adakah identiti Perisai adalah Zaraki?

Published

on

Daddy hanya mengesahkan Perisai akan mengisi slot kosong pemain ke-enam Shopee Bosskurr dalam MPL Musim Keempat.

KUALA LUMPUR – Identiti “Perisai” yang menggantikan posisi pemain profesional Mobile Legends : Bang Bang Shopee Bosskurr Andi Alfian Firman (Gripex) dalam Liga Profesional (MPL) Malaysia dan Singapura baru-baru ini, menjadi tanda tanya dalam kalangan komuniti e-sukan itu.

Ada yang menyifatkan identiti Perisai adalah pemain pasukan kompetitif Boss Pusher, Jamil Nurolla atau senang dikenali sebagai Zaraki berikutan corak permainan dan pemilihan heronya.

Antara faktor lain mengapa ada dalam kalangan peminat mengaitkan identiti Perisai dengan pemain itu adalah kerana Zaraki pernah menggunakan nama tersebut sebelum ini.

Bagi menjawab persoalan itu, What’s The Meta telah mendapatkan pengesahan daripada pengurus Shopee Bosskurr sendiri iaitu Nureddy Nursal (Daddy).

Setakat ini, Daddy hanya mengesahkan Perisai akan mengisi slot kosong pemain ke-enam Shopee Bosskurr dalam MPL Musim Keempat bagi memberi ruang kepada Gripex untuk menjalani rawatan yang diperlukan.

“Gripex masih perlu melakukan rawatan tambahan bersama doktor dan dia memerlukan rehat yang secukupnya untuk dia cepat sembuh.

“Kita pun tidak boleh menjangkakan tempoh masa yang diperlukan Gripex untuk kembali sihat. Jadi buat ketika ini memang Perisai yang akan mengisi kekosongan Gripex,”katanya.

Daddy juga berkata Bosskurr akan mengumumkan secara rasmi ideniti Perisai dalam masa yang terdekat.

Pada Sabtu, Gripex terlibat dalam satu kemalangan sebelum perlawanan Shopee Bosskurr dan EVOS Esports MPL bermula.

Gripex yang patah dan retak tumit berikutan kemalangan itu tidak dapat beraksi dan diganti dengan Perisai.

Dalam perlawanan itu, Shopee Bosskurr tidak berjaya membenam badinya tersendiri menentang EVOS Esports apabila mereka tewas 2-0.

Shopee Bosskurr bagaimnapun menang bertemu dengan Louvre Esports dengan mata kemenagan 2-1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved