Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: Tulang tumit Gripex patah, retak

Published

on

Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu. - Foto Instagram / Gripex

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends Shopee Bosskurr Andi Alfian Firman (Gripex) mengalami keretakan dan patah tulang di bahagian tumit berikutan satu kejadian kemalangan yang dihadapinya di Klang semalam.

Pengurus Shopee Bosskurr Nureddy Nursal (Daddy) berkata Gripex bakal menjalani satu pembedahan dalam terdekat berikutan kecederaan yang dialaminya itu.

“Gripex kini berada di Hospital Klang, Selangor selepas kemalangan semalam.

“Dimaklumkan Gripex perlu menjalani pembedahan di bahagian kaki itu dalam masa terdekat,” katanya kepada What’s The Meta.

Menceritakan semula detik kejadian, Daddy berkata Gripex yang sedang menunggang motosikal pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke rumah pemain-pemain Shopee Bosskurr yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kemalangan berlaku berdekatan dengan sebuah stesen pam minyak pada jam kira-kira empat petang. 

“Gripex keseorangan ketika itu. Dia dilanggar kereta secara tiba-tiba dan terjatuh dengan motosikalnya.

“Gripex terus membuat panggilan video kepada kami untuk memberitahu keadaannya dan kami terus bergegas ke tempat Gripex. Ambulans pun tiba di tempat kejadian selang beberapa minit kemudian,”tambah Deddy.

Daddy juga mengharapkan orang ramai dan penyokong Shopee Bosskurr untuk mendoakan agar Gripex dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.

Semalam, Gripex terlibat dalam satu kemalangan sebelum perlawanan Shopee Bosskurr dan EVOS Esports dalam Liga Profesional (MPL) bermula pada jam kira-kira 5.30 petang.

Gripex bagaimana pun tidak dapat beraksi dan diganti dengan pemain yang menggunakan nama maya Perisai.

Dalam perlawanan itu, Shopee Bosskurr masih tidak berjaya membenam badinya tersendiri menentang EVOS Esports apabila mereka tewas 2-0.

Shopee Bosskurr bakal bertemu dengan Louvre Esports pada petang ini jam empat petang dalam liga MPL musim keempat nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved