Connect with us

Mobile Legends

[EKSKLUSIF] Mobile Legends: NV kini dikenali sebagai NV Bosskurr

Published

on

NV Bosskurr kini merupakan satu ahli keluarga baharu Bosskurr, sebagai satu cawangan baharu Bosskurr di Singapura.

KUALA LUMPUR – Pasukan e-sukan kompetitif Singapura, Notorious Villians (NV) kini dijenamakan semula sebagai NV Bosskurr mulai hari ini.

Pengurus pemasaran NV Bosskurr, Faeiz Wahab (Uncle Chikanook) berkata penjenamaan semula nama semula pasukan itu adalah berikutan hasil jalinan kerjasama bersama organisasi e-sukan popular tanah air, Bosskurr Gaming (Bosskurr).

“Selepas mengadakan perbincangan beberapa minggu bersama pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy), kami telah mencapai kata sepakat untuk mewujudkan NV Bosskurr.

“NV Bosskurr kini dilihat sebagai salah satu ahli keluarga baharu Bosskurr bagi cawangan di Singapura.

“Kolia, James dan Fenrir akan terus menjadi nadi yang menggerakkan NV Bosskurr dari segi pengaturan strategi meta dan analisis dan saya akan memberi tumpuan dari segi pemasaran NV,” katanya ketika dihubungi What’s The Meta pada hari ini.

Jelas Faeiz lagi, tanggungjawabnya juga adalah bagi memastikan kolaborasi NV dan Bosskurr mencapai matlamat kejayaannya dan memberi tumpuan kepada penajaan bagi pasukan NV Bosskurr.

Faeiz berkata menerusi dengan kerjasama yang dijalinkan itu, dia berharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Jelasnya, memang satu kebanggaan bagi NV untuk membawa nama Bosskurr ke Singapura.

“Kami sudah semestinya amat berterima kasih kepada Daddy kerana menerima kami sebagai ahli Bosskurr yang baharu.

“Pada awalnya, hasrat untuk berkolaborasi bersama Bosskurr hanya perbualan antara kami sahaja.

“Tapi selepas melihat kekuatan keserasian antara pemain Bosskurr, kami membuat keputusan untuk bertemu Daddy dan berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Faeiz Wahab (Uncle Chikanook) dua dari kiri bersama ahli-ahli Bosskurr, Soloz, Daddy dan Zynn.

Mengulas mengenai Liga Profesional (MPL) Musim Keempat, Faeiz berkata sudah semestinya mereka mensasarkan untuk menjadi juara.

“Kami sedang membuat persiapan yang lebih rapi bagi memastikan semua pemain NV Bosskurr dapat menunjukkan prestasi yang terbaik dalam MPL kali ini dengan baki perlawanan yang ada sebelum ke pusingan penentu nanti.

“Sasaran kami adalah untuk menjadi pasukan terbaik Singapura dan pastinya ia bukan jalan yang mudah. Kami akan berikan yang terbaik untuk MPL dan Piala Dunia M1 nanti,” tambah Faeiz.

Selain Kolia, James dan Fenrir, pasukan Mobile Legends NV Bosskurr turut disertai Fossa, AzuraX dan Ken.

Mereka yang sebelum ini dikenali sebagai Nara Esports telah memberikan dan menunjukkan mutu persembahan yang sangat menarik pada pusingan liga musim ketiga MPL. 

Dengan semangat dan nama baharu pada musim kali ini, NV Bosskurr dilihat sekali lagi bakal memberi tentangan yang hebat kepada pasukan-pasukan Mobile Legends yang lain.

Mereka kini berada di kedudukan kelima pada pusingan liga musim keempat setakat ini.

NV Bosskurr bakal bertemu dengan Todak pada minggu terakhir MPL nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved