Connect with us

Mobile Legends

Misi ‘pembunuhan’ baharu Ashley bersama Pro Assassin

Published

on

Nafas baharu, gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda dalam Pro Assassins yang terdiri daripada Ashley, Nellbie, Jennie, Kai, Kucai dan Tacuz.

NAMA Ashley sememangnya tidak asing dalam e-sukan Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) apabila dia merupakan salah seorang pemain yang berpengalaman dalam arena ini.

Pernah bernaung di salah sebuah pasukan yang sebelum ini menjadi sebutan ramai, Mysterious Assassins (MyA), Ashley mengambil keputusan untuk memperkenalkan skuad baharu yang dinamakan Pros Assassin.

Bertindak sebagai kapten, Ashley mengharapkan misi ‘pembunuhan’ baharu dalam gelanggang maya MLBB bersama Pro Assassin ini dapat direalisasikan sehingga mencapai ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pengalaman yang saya dapat sejak Liga Profesional (MPL) Musim pertama akan saya curahkan kepada pasukan baharu ini yang terdiri daripada pemain-pemain muda.

“Walaupun meta kini kian sangat sukar untuk difahami, tetapi saya akan cuba atasinya bersama-sama Pro Assassins. 

“Bersama pasukan ini juga saya telah menitikberatkan isu disiplin dalam pasukan dengan dalam masa seminggu, kami akan berlatih selama lima hari dan setiap hari latihan, kami akan berlatih sekurang-kurangnya selama lapan jam,”kata Ashley kepada What’s The Meta.

Selain Ashley, Pro Assasins terdiri daripada Nellbie, Jennie, Kai, Kucai dan Tacuz.

Kesemua pemain ini berasal dari pasukan MyA namun berpecah dari skuad masing-masing.

Demi semangat kesukanan dalam MLBB, Ashley mengambil keputusan untuk mereka yang terbaik dan membentuk Pro Assasins. 

Difahamkan, Pro Assassins juga bakal mendapat penaja tersendiri yang bakal menyediakan segala kelengkapan latihan e-sukan yang diperlukan.

Jelas Ashley, sebagai satu pasukan underdog, mereka mahu berusaha sedaya upaya dengan kemudahan yang disediakan penaja itu dan mensasarkan untuk melayakkan diri ke MPL Musim Kelima.

Ashley juga mengharapkan agar peminat-peminat MLBB tanah air dapat memberikan sokongan padu kepada mereka.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved