Connect with us

Mobile Legends

Mobile Legends: 9 negara Asia Tenggara sertai MSC akhir Jun nanti

Published

on

MSC merupakan kejohanan paling berprestij dalam arena Mobile Legends. - Foto Facebook / Mobile Legends Bang Bang

KUALA LUMPUR –  Sembilan negara Asia Tenggara disahkan akan menyertai Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) yang dijangka akan berlangsung pada akhir Jun nanti.

Pengurus Pemasaran Serantau Moonton, Nelson Woon berkata negara-negara tersebut adalah Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar.

“Secara tentatifnya, MSC akan berlangsung pada akhir Jun nanti.

“Setiap negara yang akan sertai MSC selalunya akan ada Liga Profesional (MPL) mereka tersendiri dan itu boleh dikira sebagai pusingan kelayakan ke kejohanan itu.

“Bagi negara yang tiada MPL seperti Thailand dan Kemboja, satu pusingan kelayakan MSC akan diadakan,” katanya ketika ditemui WTM baru-baru ini.

Nelson turut mengesahkan Filipina akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan MSC pada tahun ini.

MSC merupakan kejohanan paling berprestij dalam arena Mobile Legends yang menyaksikan beberapa pasukan Asia Tenggara bersaing untuk merebut takhta yang terbaik di rantau ini.

Pada Julai tahun lalu, kejohanan MSC disertai pasukan-pasukan terbaik Asia Tenggara dan menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM400,000.

Dalam edisi kedua MSC yang berlangsung di Ekspo Antarabangsa Jakarta, Indonesia itu juga menyaksikan pasukan Filipina, Aether Main muncul sebagai juara.

Baru-baru ini, Moonton turut mengumumkan akan menganjurkan kejohanan Piala Duniabuat pertama kalinya pada tahun ini.

Setakat ini, Moonton hanya mengesahkan lokasi kejohanan itu akan berlangsung di salah sebuah negara di Asia Tenggara.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved