Connect with us

Mobile Legends

M2: Kuarantin setel, dah boleh jumpa member

Published

on

SELEPAS dua minggu menjalani kuarantin dengan penuh disiplin di sebuah hotel di Singapura, satu-satunya skuad Mobile Legends Malaysia di kejuaraan dunia M2, Todak, kini dapat bertemu kesemua ahli pasukan.

Pemain-pemain Todak juga telah menghadiri sesi penggambaran sempena M2 pada hari ini.

Pada 31 Disember yang lalu, Todak telah tiba di Singapura dan ditempatkan di dalam bilik hotel masing-masing setelah menjalankan ujian pengesanan COVID-19 bagi tujuan kuarantin kendiri.

Hanya dua orang ditempatkan di dalam satu bilik iaitu Zikry Shamsuddin (Moon) bersama Muhammad Rizwan Abdullah (Eone), Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku) bersama Wan Usman Wan Imran (4Meyz) dan Mohamad Aiman Idris (Xray) bersama Zairul Hazim Zailani (Stoo).

Sebelum ini, setiap sesi latihan dan perjumpaan dilakukan menerusi Discord untuk memastikan segala komunikasi di antara ahli pasukan berjalan dengan lancar.

Setiap ahli pasukan juga tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan satu sama lain dalam tempoh dua minggu itu.

M2 akan membuka tirai pada 18 Januari nanti dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).

Pada M1 yang lalu, Todak muncul sebagai pasukan ketiga terbaik dunia.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved