Connect with us

Mobile Legends

MPL: Tiada lagi Singapura, hanya Malaysia

Published

on

KUALA LUMPUR – Selepas enam musim berlangsung, pihak Liga Profesional Mobile Legends (MPL) hari ini mengumumkan liga profesional itu tidak lagi akan melibatkan Singapura dan bakal dipisahkan dari MPL Malaysia (MPL MY).

Menurut pihak MPL, keputusan itu adalah bagi memberi peluang lebih besar kepada rakyat Malaysia untuk bertanding di peringkat profesional itu, di samping menyediakan kandungan tempatan yang lebih berkualiti.

“Kami berhasrat untuk menyediakan kualiti yang lebih baik untuk rakyat Malaysia dan membuka peluang yang lebih besar untuk bersaing di MPL MY Musim Ketujuh mahupun di peringkat antarabangsa,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pihak MPL juga mengumumkan pendaftaran untuk menyertai liga itu akan dibuka pada 18 Januari nanti.

MPL MY yang sebelum ini dikenali MPL MYSG telah bermula sejak 2018 dan melibatkan persaingan hebat pasukan-pasukan terbaik Mobile Legends dari kedua-dua negara itu.

Sepanjang enam musim berlangsung, Malaysia berjaya muncul sebagai juara sebanyak tiga kali menerusi Saiyan Reborn (Musim Kedua), Geek Fam (Musim Ketiga) dan Todak (Musim Keenam).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved