Mobile Legends
Todak TOP 2 kumpulan B, rebut slot lower bracket Rabu ini

KUALA LUMPUR- Skuad Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends 2020 (M2), Todak berada di kedudukan dua teratas pada saingan peringkat kumpulan B.
Todak merekodkan 0 mata agregat selepas kalah dengan pasukan Filipina, Omega Esports 0-2 dan menang 2-0 menentang pasukan Kemboja, Impunity KH pada petang tadi.
Berikutan keputusan itu, Todak berada di belakang Omega Esports dalam kumpulan B yang mengumpul 3 mata agregat.
Todak mempunyai satu lagi peluang pada Rabu ini untuk mendapat slot Lower Bracket di Grand Final M2. Pasukan itu dijangka akan berlawan dengan pasukan tercorot kumpulan D.
Saingan peringkat kumpulan D dan C akan bermula esok.
Ia melibatkan pasukan Bren Esports (Filipina), Alter Ego (Indonesia), 10S Gaming Frost (Jepun) RRQ Hoshi (Indonesia) EVOS SG (Singapura) dan Dreammax (Brazil).
M2 yang membuka tirai pada hari ini dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2juta (AS$300,000).
Pada M1 yang lalu, Todak muncul sebagai pasukan ketiga terbaik dunia.
Pemain-pemain Todak terdiri daripada Zikry Shamsuddin (Moon), Muhammad Rizwan Abdullah (Eone), Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku), Wan Usman Wan Imran (4Meyz) Mohamad Aiman Idris (Xray) dan Zairul Hazim Zailani (Stoo).