Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Taring EVOS Legends sangat tajam, Rex Regum Qeon dirobek rakus

Published

on

EVOS Legends layak ke peringkat akhir kejuaraan dunia selepas menewaskan pasukan senegara, Rex Regum Qeon 3-0. - Foto MPL / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – EVOS Legends berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir utama kejuaraan dunia selepas menewaskan pasukan senegara, Rex Regum Qeon 3-0.

Kedua-dua pasukan merupakan finalis Liga Professional (MPL) Indonesia Musim ke-4 yang berlangsung bulan lalu dan peminat menggelarkan perlawanan ini sebagai el classico Indonesia.

Bermain dengan format best of 5, dua perlawanan pertama mudah dimenangi oleh EVOS Legends namun Rex Regum Qeon cuba memberikan saingan dalam perlawanan ketiga.

Pemain EVOS Legends, Donkey yang membuat kejutan dengan menggunakan hero yang jarang sekali digunakannya iaitu X.Borg tetapi berjaya bermain dengan sungguh baik untuk menyapu bersih perlawanan tersebut dengan mata ke-3 kemenangan.

Rex Regum Qeon mempunyai satu lagi peluang untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir utama jika mereka memenangi perlawanan akhir kelompok bawahan yang akan berlangsung pada hari esok bertemu sama ada Burmese Ghouls ataupun harapan tunggal tuan rumah, pasukan Todak.

Hanya tinggal 4 pasukan terbaik dunia yang masih dalam saingan untuk merebut hadiah utama bernilai lebih RM330,000 (AS$80,000) sekali gus dinobatkan sebagai juara kejohanan dunia Mobile Legends M1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved