Connect with us

Mobile Legends

#M1World: 10s Gaming Plus dilanggar Todak, jongor paruh kembali diasah

Published

on

Todak meneruskan perjuangan di dalam kejohanan dunia selepas menewaskan 10s Gaming Plus 2-1. - Foto Facebook rasmi Todak

KUALA LUMPUR – Todak kembali menghidupkan harapan ribuan penyokong mereka yang hadir di dalam Axiata Arena ini selepas berjaya menegenepikan cabaran pasukan dari Jepun, 10s Gaming Plus dengan mata 2-1.

10s Gaming Plus yang sebelum ini telah menewaskan Axis Esports di acara utama semalam gagal mengekalkan momentum tersebut dan terpaksa akur dengan kekuatan corak permainan yang dipertunjukkan oleh pasukan Todak.

Pada perlawanan pertama, dilihat Todak mendominasi permainan dari minit awal hingga ke penghujungnya untuk memenangi mata pertama perlawanan namun lain pula kisahnya di perlawanan kedua.

Perlawanan kedua memperlihatkan corak permainan 10s Gaming Plus yang sungguh berdisiplin dalam menyerap segala tekanan dan asakan dari pasukan Todak dan hasilnya mereka berjaya mencuri satu mata perlawanan dengan memenangi perlawanan kedua yang memakan masa hampir 30 minit untuk mengheret ke perlawanan penentuan.

Pasukan Todak sekali lagi mengeluarkan Rafaela dalam perlawanan ketiga untuk menghalang wakil Jepun itu menggunakannya kerana untuk rekod hero tersebut merupakan hero kegemaran bagi 10s Gaming Plus.

Kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk memenangi perlawanan penentuan ini namun kekuatan mental yang kuat ditambah dengan sokongan yang padu daripada penyokong pasukan tuan rumah berjaya membantu pasukan Todak memenangi perlawanan tersebut dan mara ke peringkat seterusnya.

Menanti Todak di peringkat seterusnya adalah pasukan adalah pasukan dari Myanmar, Burmese Ghouls yang sebelum ini telah menewaskan Sunsparks dengan mata 2-0.

Hanya 4 pasukan sahaja lagi yang tinggal untuk merebut hadiah utama yang bernilai kira-kira RM330,000 (AS$80,000) sekali gus dinobatkan sebagai juara kejohanan dunia Mobile Legends M1.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved