Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Burmese Ghouls menghantui Sunsparks di hari kedua acara utama

Published

on

Burmese Ghouls terus mara ke dalam kelompok 4 pasukan terbaik dunia setelah menewaskan Sunsparks 2-1. - Foto Facebook rasmi Burmese Ghouls

KUALA LUMPUR – Juara 2 kali Liga Professional (MPL) Myanmar, Burmese Ghouls telah membuka gelanggang hari kedua acara utama kejohanan dunia Mobile Legends M1 dengan cemerlang apabila mereka berjaya menundukkan wakil tunggal Filipina, Sunsparks 2-1.

Burmese Ghouls yang sebelum ini telah dimalukan oleh EVOS Legends semalam telah bangkit dari mimpi ngeri itu untuk beraksi dengan cukup bertenaga pada hari ini sekali gus menempah slot sebagai 4 pasukan terbaik dunia.

Dalam perlawanan pertama, Burmese Ghouls bermain dengan cukup kemas untuk membenarkan pemain mage mereka, Kid001 mudah menjatuhkan lawan mereka dan memenangi perlawanan tersebut.

Cerita yang berbeza pula dalam perlawanan kedua dengan Rafflesia kembali menggunakan hero kegemarannya, Khufra berjaya membantu Sunsparks untuk membenam terus pasukan dari Myanmar itu dengan jumlah mata bunuh 27-4.

Pertarungan sengit dalam perlawanan ketiga di antara kedua-dua pasukan menarik perhatian penonton dan sekali lagi Kid001 sekali lagi menunjukkan permainan yang menakjubkan menggunakan Harith untuk membantu pasukannya mara ke peringkat seterusnya.

Burmese Ghouls akan sekali lagi naik ke gelanggang utama pada lewat petang ini dan bakal bertemu pemenang di antara 10s Gaming Plus atau harapan terakhir negara tuan rumah, Todak.

Saingan semakin sengit bagi 16 pasukan yang bertanding bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah kira-kira RM1 Juta (AS$250,000) di kejohanan dunia Mobile Legends M1.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved