Connect with us

Mobile Legends

#M1World: Jalur Gemilang dikibar megah, Todak bakal membuat perhitungan semula esok

Published

on

Todak berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kelompok bawahan selepas menyingkirkan Burmese Ghouls 2-0 - Foto MPL / Mobile Legends

KUALA LUMPUR – Wakil Malaysia, pasukan Todak menepati ramalan peminat untuk mara ke perlawanan akhir kelompok bawahan selepas mereka menunjukkan jalan keluar kepada Burmese Ghouls 2-0.

Todak akan membuat perhitungan semula bersama Rex Regum Qeon esok dan semestinya ini adalah misi balas dendam selepas mereka tewas dalam pusingan awal acara utama Jumaat lepas.

Dalam perlawanan pertama, aksi yang cukup menarik telah yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan tetapi pasukan Todak lebih menyerlah apabila berjaya membunuh 4 Lord di mana 2 daripadanya adalah hasil yang dicuri oleh Moon dan Eone yang menggunakan Chang’e serta Grock untuk memenangi perlawanan tersebut.

Burmese Ghouls seolah-olah hilang fokus di perlawanan kedua dan situasi ini digunakan sepenuhnya oleh pasukan Todak untuk mengatasi pasukan dari Myanmar itu seterusnya menyingkirkan mereka daripada saingan.

Walaubagaimanapun, Burmese Ghouls juga harus diberikan pujian kerana telah berjaya menyaingi beberapa pasukan terbaik dunia sepanjang kempen mereka di dalam kejohanan ini.

Hanya 3 buah pasukan sahaja yang tinggal untuk merebut gelaran jaguh kejohanan dunia Mobile Legends M1 seterusnya menggondol hadiah utama bernilai kira-kira RM330,000 (AS$80,000) yang bakal diketahui pada 17 November 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved