Mobile Legends
#M1World: Rex Regum Qeon belum pulih trauma, ditendang ke kelompok bawahan selepas tewas mudah

KUALA LUMPUR – Pasukan dari Indonesia, Rex Regum Qeon mengakui kesan daripada trauma tewas perlawanan akhir Liga Professional (MPL) Indonesia bulan lalu.
“Ya kami masih trauma. Tiada apa yang berbeza. Perlawanan ini umpama deja vu“, kata Liam ketika ditemu ramah oleh What’s The Meta selepas perlawanan.
Segalanya serba tidak menjadi bagi mereka dalam perlawanan tersebut apabila EVOS Legends dengan mudah mengenepikan cabaran mereka.
Baca : Taring EVOS Legends sangat tajam, Rex Regum Qeon dirobek rakus.
“Walaupun begitu, kami masih kekal positif dan sentiasa bersedia berdepan dengan sesiapa pun lawan kami di peringkat akhir kelompok bawahan esok”, ujar Liam lagi.
Di peringkat akhir kelompok bawahan nanti, sekali lagi Rex Regum Qeon bakal bertemu Todak di mana mereka pernah menewaskan pasukan tuan rumah itu dengan mata 2-0 pada hari pertama acara utama Jumaat yang lalu.
Kejohanan dunia Mobile Legends M1 kini dipenghujungnya dan hanya tinggal 3 pasukan sahaja lagi bakal berentap merebut hadiah utama bernilai kira-kira RM330,000 (AS$80,000) dan sekali gus dinobatkan sebagai pasukan Mobile Legends terbaik di dunia.