Connect with us

Mobile Legends

#M1World: “Kami nak jumpa Todak,” – EVOS Legends

Published

on

EVOS Legends kekal optimis jika bertemu dengan pasukan tuan rumah, Todak. - Foto Facebook / EVOS Esports

KUALA LUMPUR – “Kami mahu jumpa Todak kerana bermain di hadapan ribuan penyokong dapat menaikkan lagi semangat kami untuk menang”.

Pemain EVOS Legends, Donkey menyatakan bahawa mereka sudah bersedia berhadapan dengan pasukan tuan rumah itu biarpun bermain di hadapan penyokong pasukan Todak itu sendiri.

“Saya rasa pasukan kami sudah bersedia menyerap segala tekanan yang akan diberikan oleh penonton tuan rumah dan kami tidak akan teragak-agak jika bertemu dengan mereka di pentas akhir utama nanti,” katanya lagi ketika ditemu ramah oleh What’s The Meta.

Kami juga sempat bertanyakan kepadanya perasaan ketika menggunakan X.Borg yang dikhabarkan Donkey hanya memerlukan satu minggu sahaja untuk dia membawa hero itu ke dalam kejohanan besar seperti M1 ini.

“Saya punya Xborg memang jaguh !” jawabnya bernada gurauan.

EVOS Legends yang sudah layak ke pentas akhir utama bakal menunggu lawan mereka sama ada pasukan tuan rumah, Todak ataupun pasukan dari seberang, Rex Regum Qeon.

Berbaki hanya lagi 2 siri perlawanan sahaja lagi sebelum juara kejohanan dunia Mobile Legends M1 bakal dinobatkan dan membawa peluang hadiah utama bernilai kira-kira RM333,000 (AS$80,000)

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved