Connect with us

Mobile Legends

Leixia sah dipinjamkan kepada Team SMG

Published

on

Foto: Caracal

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Mobile Legends, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia), sah akan dipinjamkan ke pasukan Team SMG.

Leixua berkata dia bermain untuk Team SMG dalam kejohanan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Kesembilan (MPL MY S9) 2022 yang akan datang.

“Saya tidak ada isu dengan Caracal.

“Saya hanya mengambil keputusan untuk bermain dengan Team SMG. Terima kasih semua,” kata Leixia dalam satu video pengumuman hari ini.

Video itu dimuatnaik di Instagram Caracal pada petang tadi. Caracal dalam satu kenyataan juga berkata pihaknya akan terus mendoakan yang terbaik untuk pemainnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Team Caracal (@team_caracal)

“Leixia masih bersama Team Caracal, cuma akan dipinjamkan untuk Team SMG.

“Ini adalah kehendak peribadi dan untuk pencapaian peribadi Leixia.

“Doakan yang terbaik untuk Leixia dan Team SMG. Kita jumpa di MPL,” kata Caracal.

Pada 11 November 2021 lalu, Leixia dan beberapa rakan sepasukannya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kontrak dengan RSG MY. Pasukan itu pernah menjuarai kejohanan MPL MY S7 2021.

Susulan itu, dia bersama Zaraki, Lolealz, Rush dan Kaizer menyertai pasukan baru yang dikenali sebagai Caracal.

Pada semalam, Caracal baru sahaja meloloskan diri ke peringkat musim liga MPL MY S9 menerusi pusingan kelayakan.

Antara pencapaian Caracal setakat ini termasuklah naib johan Liga E-Sukan Malaysia Musim Kedua (MEC S2) 2021 yang diadakan pada awal Januari lalu.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved