Connect with us

Mobile Legends

Blacklist International dapat tajaan syarikat minyak, Petron selama setahun

Published

on

Foto: Blacklist International

PASUKAN Mobile Legends nombor satu dunia, Blacklist International mengumumkan pihaknya baru sahaja memeterai kerjasama komersial bersama salah satu syarikat minyak ternama di Filipina, Petron Corporation (Petron).

Pengurus Komunikasi Tier One, Rocelle Cadavos, berkata kerjasama itu akan berlangsung selama setahun.

“Petron akan hadir sebagai penaja Blacklist International.

“Kandungan kami bersama Petron mungkin akan mula disiarkan ketika MPL (Liga profesional Mobile Legends) berlangsung nanti,” kata Rocelle ketika dihubungi WTM Today pada semalam.

Jelas Rocelle, pihaknya masih belum boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai bentuk kerjasama itu.

Nama Blacklist International mula meningkat naik pada tahun lalu ketika Filipina mula menyertai liga MLBB berkonsepkan francais.

Pasukan itu turut mencatatkan rekod tersendiri apabila berjaya menjuarai MPL sebanyak dua kali pada tahun yang sama, dan seterusnya muncul sebagai juara dunia Mobile Legends (M3).

Sementara itu, dalam satu laporan Jabatan Tenaga Filipina pada tahun 2018 ada menyatakan Petron menerajui sekstor bahan api negara itu dengan bahagian pasaran sebanyak 27.08 peratus.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved